Juara bertahan, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) bertekad mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut apabila saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) Piala TNB 2013, membuka tirai esok.
Jurulatih KLHC, K. Dharmaraj berkata walaupun kehilangan enam tonggak utama yang berhijrah kepada pasukan pendatang baharu, Terengganu, KLHC masih mampu memberi saingan pada kejohanan tersebut.
"Sebagai pemain mahupun jurulatih, kami mahu memenangi setiap kejohanan. Begitu juga pada kali ini walaupun KLHC kehilangan beberapa pemain utama yang berhijrah ke pasukan Terengganu.
"Bukan sesuatu perkara mudah untuk mempertahankan kejuaraan, namun ia juga bukan sesuatu yang mustahil," katanya yang juga jurulatih skuad junior kebangsaan, di sini hari ini.
Enam pemain kebangsaan yang meninggalkan KLHC dan menyertai Terengganu ialah Mohd Shahrun Nabil, Tengku Ahmad Tajuddin, Azlan Misron, Ismail Abu, Mohd Ameerullah Aziz dan Fitri Saari.
Mengenai aksi pembukaan menentang UniKL di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil esok, Dharmaraj berkata KLHC tidak akan mengambil mudah perlawanan tersebut walaupun lawan mereka dibarisi ramai pemain muda.
"UniKL mempunya ramai pemain berbakat daripada skuad junior kebangsaan dan saya tahu keupayaan mereka. Mana-mana pasukan tidak sepatutnya memandang ringan terhadap pasukan tersebut dan perlu lebih berhati-hati," katanya.
Selain KLHC dan UniKL, lima lagi pasukan yang beraksi dalam saingan Premier LHM 2013 ialah naib juara TNB, Maybank, Sapura, Nur Insafi Warriors dan Terengganu.
Bernama
Thu Mar 21 2013
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
KLHC muncul juara kejohanan Hoki Piala Tan Sri P. Alagendra
Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) memulakan musim 2018 dengan langkah kanan apabila muncul juara kejohanan hoki Piala Tan Sri P. Alagendra.
KLHC selangkah ke final Piala TNB
Juara Divisyen Perdana Liga Hoki Malaysia 2017, KLHC hanya selangkah ke final Piala TNB selepas menewaskan pasukan TNB1-0 di separuh akhir.
KLHC tekad pertahan gelaran Liga Hoki Malaysia
Juara bertahan, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) bertekad mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut.