Atlet negara Rayzam Shah Wan Sofian menamatkan penantian emasnya selama sedekad selepas berjaya merampas kembali kejuaraan 110m lari berpagar lelaki di laman sendiri pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), pada Sabtu.
Atlet kelahiran Keningau, Sabah itu mencatatkan larian 13.83s mendahului juara bertahan empat edisi berturut-turut dari Thailand, Jamras Rittidet yang memenangi perak dengan catatan 14.10s dan pemenang pingat gangsa Clinton Kingsley B dari Filipina yang mencatat 14.15s.
Rayzam berkata kejayaannya kali ini berikutan keyakinan tinggi sebelum KL2017 bermula, selepas melihat catatan terbaru Jamras pada Terbuka Vietnam di Ho Chi Minh baru-baru ini.
"Jamras masa itu cuma mencatatkan 14.06s sahaja, semasa pemanas badan saya dah yakin boleh menang," katanya kepada pemberita selepas meraikan kemenangan dengan membotakkan kepalanya sebaik saingan tamat sebagai 'hadiah' kepada isterinya, Eriyana Idris yang hadir bersama anak perempuannya, hari ini.
"Saya janji dengan isteri saya sudah lama, dua tiga bulan sebelum ini lagi, dia suruh saya botak, ok saya kata kalau saya menang Sukan SEA saya akan tunaikan" katanya.
Kali terakhir Rayzam memenangi pingat emas acara tersebut di kejohanan terbesar Asia Tenggara itu ialah pada edisi 2007 di Korat, Thailand.
Mei lepas, pada kejohanan Kurpfalz Gala, Jerman, Rayzam mencipta sejarah selepas memecahkan rekod 23 tahun kebangsaan dalam acara sama dengan melakukan catatan masa 13.67s, sekali gus memadamkan rekod 13.73s yang dilakukan Nur Herman Majid pada Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun.
Rayzam berkata ini bukan kejohanan terakhirnya, dan beliau akan bersiap sedia untuk melayakkan diri ke dua kejohanan besar tahun depan iaitu Sukan Asia di Indonesia dan Sukan Komanwel, Australia.
Sementara itu, jurulatihnya Jan May dari Jerman, tiba di sini tiga hari lepas, untuk melihat persembahan anak buahnya dan beliau percaya Rayzam boleh melayakkan diri ke Sukan Komanwel jika dapat mengekalkan momentum.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Rayzam, yang memiliki catatan peribadi terbaik 13.67s, perlu berusaha dengan lebih keras untuk melepasi had kelayakan 13.53s untuk ke Sukan Komanwel.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2017
Rayzam Shah selepas mencukur rambut meraikan kemenangan merangkul Emas akhir 110 Meter Berpagar Lelaki Sukan SEA ke 29 KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. --fotoBERNAMA
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
KL2017: Rayzam cukur botak selepas akhiri penantian sedekad emas 110m lari berpagar
Atlet kelahiran Keningau, Sabah itu mencatatkan larian 13.83s mendahului juara bertahan empat edisi berturut-turut dari Thailand, Jamras Rittidet yang memenangi perak dengan catatan 14.10s.