Pemandu negara yang mewakili pasukan OD Racing, Fairuz Fauzy kemungkinan besar tidak dapat beraksi dalam perlumbaan KL City Grand Prix esok selepas terbabit dalam kemalangan di selekoh 12 hari ini.
Menurut Fairuz, sukar untuk pasukannya memperbaiki jentera lumbanya kerana tidak mempunyai alat ganti yang diperlukan.
"Saya kecewa bila hampir pasti tidak dapat beraksi di hadapan penonton Malaysia dan laman sendiri.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan serius dan hanya mengalami kesan lebam di dada, lutut serta buku lali," katanya kepada media.
Fairuz yang mewakili pasukan OD Racing berdepan dengan masalah kotak gear di selekoh 12 sebelum melanggar tembok penghadang pada sesi kelayakan petang tadi.
Beliau yang menggunakan jentera Lamborghini Gallardo FL2 beraksi dalam kelas GT3 dan menduduki tempat keenam dalam sesi kelayakan keseluruhan.
Zef Othman
Sat Aug 08 2015
![KL City Grand Prix: Impian Fairuz harumkan negara musnah KL City Grand Prix: Impian Fairuz harumkan negara musnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439043836_FairuzFauzy.jpg)
Fairuz (kiri) berbincang bersama Jurutera Pasukannya Luca Mondello ketika meninjau keadaan jenteranya pada Khamis. - fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![KL City Grand Prix: Impian Fairuz harumkan negara musnah KL City Grand Prix: Impian Fairuz harumkan negara musnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439043836_FairuzFauzy.jpg)
KL City Grand Prix: Impian Fairuz harumkan negara musnah
Pemandu negara Fairuz Fauzy kemungkinan besar tidak dapat beraksi dalam perlumbaan KL City Grand Prix pada Ahad selepas terbabit dalam kemalangan hari ini.