Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yakin kepimpinan baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mampu membantu kementerian bagi memastikan Malaysia menjadi penganjur terbaik Sukan SEA 2017.
Justeru, beliau menggesa MOM membantu memperkuatkan sesetengah persatuan sukan kebangsaan yang bukan sahaja lemah dalam aspek pengurusan, malah menghadapi masalah kewangan sehingga memaksa mereka meminta dana daripada kerajaan untuk menjalankan aktiviti masing-masing.
"Tugas utama MOM adalah untuk memastikan persatuan sukan (kebangsaan) ini kuat," kata Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO ketika ditemui Bernama, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di sini, hari ini.
"Jadi, saya harap pada penggal 2015-2017, MOM boleh memberi fokus dan penekanan kepada usaha untuk memperkuatkan lagi pengurusan persatuan-persatuan sukan (di negara ini)," katanya.
Khairy berkata beliau tidak mempunyai masalah meneruskan hubungan baik yang sedia terjalin bersama badan induk sukan negara itu, terutama dengan Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang berjaya mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya sejak 1998.
"Saya melihat kemenangan berkenaan (pada pemilihan MOM Sabtu lepas) adalah satu kemenangan yang jelas memandangkan mereka (pucuk pimpinan baharu) mendapat majoriti (undi) yang agak besar," katanya.
Pada pemilihan sempena Perhimpunan Agung Tahunan MOM Sabtu lepas, Tunku Imran memperoleh 63 undi berbanding 41 yang diterima pencabarnya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, yang merupakan Presiden Persatuan Golf Malaysia.
Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pula memenangi kerusi Timbalan Presiden selepas menewaskan penyandang, Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim Mohamad Noor menerusi kiraan 78-26 undi.
Dalam pada itu, Khairy menggesa skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh melakar kemenangan pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di tempat lawan pada 3 Sept ini, dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, lima hari kemudian.
Kemenangan itu, katanya amat penting bagi menghidupkan kembali peluang Malaysia meraih slot automatik ke pusingan akhir kejohanan bola sepak empat tahun sekali itu, yang bakal diadakan di UAE.
"Saya harap mereka dapat memenangi (kedua-dua) perlawanan tersebut," kata Khairy.
Malaysia kini menduduki tangga tercorot daripada empat pasukan dalam kumpulan A dengan hanya mengutip satu mata menerusi satu keputusan seri dan satu kekalahan.
Astro Arena
Tue Aug 25 2015
KHAIRY: Tidak mempunyai masalah meneruskan hubungan baik yang sedia terjalin bersama badan induk sukan negara itu, terutama dengan Tan Sri Tunku Imran yang berjaya mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya sejak 1998. - Foto Astro ARENA
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Melaka umum dua bantuan khas kewangan minimum RM 2,600
Penjawat awam Negeri Melaka akan menerima dua bantuan khas kewangan bagi menghargai khidmat mereka sepanjang 2024.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
China kenakan sekatan terhadap syarikat tentera AS
China umum sekatan terhadap tujuh syarikat tentera AS berikutan penjualan senjata ke Taiwan, menegaskan sokongan AS akan membahayakan keamanan serantau.
China lancar Sichuan, kapal amfibia generasi baharu
China melancarkan kapal amphibia generasi baharu, Type 0-7-6, dinamakan Sichuan, untuk memperkukuh tentera laut dengan teknologi inovatif seperti katapel elektromagnetik dan sistem penangkap.
Korea Utara alami korban besar – AS
Tentera Korea Utara dilaporkan mengalami korban besar di medan perang Rusia-Ukraine.
Menurut jurucakap White House, John Kirby, seribu anggota dilaporkan terbunuh atau cedera minggu lalu di wilayah Kursk, Rusia.
Menurut jurucakap White House, John Kirby, seribu anggota dilaporkan terbunuh atau cedera minggu lalu di wilayah Kursk, Rusia.
Iran tarik balik larangan ke atas WhatsApp & Google Play
Iran kurangkan sekatan internet dengan menarik balik larangan WhatsApp dan Google Play. Langkah ini mencetuskan perbincangan tentang penapisan dan akses media sosial global.
Presiden Jerman bubarkan Parlimen untuk pilihan raya
Steinmeier arahkan pilihan raya awal susulan kejatuhan gabungan kerajaan Scholz. Tinjauan menunjukkan parti Scholz ketinggalan di belakang blok konservatif pembangkang.
Israel serbu hospital Gaza, pesakit dan kakitangan dipindah
Tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan, utara Gaza, dan memaksa pemindahan ratusan pesakit dan orang awam, menyebabkan sebahagian kawasan hospital terbakar, kata pegawai Kementerian Kesihatan.
Serangan udara Israel di tempat lain di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk 15 dalam sebuah rumah di Gaza City, menurut petugas perubatan.
Serangan udara Israel di tempat lain di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk 15 dalam sebuah rumah di Gaza City, menurut petugas perubatan.
Susunan batu marmar dengan tulisan ayat al-Quran tarikan baharu di Gua Musang
Batu seberat 100 metrik tan beri imej baharu kepada kawasan tersebut, sambil mempromosi batu marmar asli bermutu tinggi di jajahan itu.
'Dr Akmal patut henti main isu KK Mart, hayati titah Agong' - Nik Nazmi
"Nasihat saya kepada Akmal, keinginan memperkenalkan diri ke medan politik dengan isu seperti ini tidak akan bertahan lama."
Kes ugut bunuh Dr Akmal: Warga emas ditahan
Suspek berusia 68 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi di sekitar kawasan Kandang, Melaka Tengah.
Ugutan bunuh: Dr Akmal buat laporan polis
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, berhubung ugutan bunuh yang diterimanya pagi tadi.
Isu stoking kalimah Allah: Dr Akmal terima ugutan bunuh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh akan membuat laporan polis susulan menerima ugutan bunuh berhubung kelantangan beliau mengenai isu kalimah Allah.
Jumpa depan-depan, tak mahu sembang dalam TikTok - Akmal Saleh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh sedia bertemu empat mata dengan seorang pengguna TikTok yang mengkritik beliau berhubung peruntukan sekolah agama rakyat.
PRN: UMNO harus berubah jika tidak mahu terus dilupakan - Ketua Pemuda
Pemimpin UMNO juga perlu memberi keutamaan pada suara rakyat, bukannya suara pemimpin.
PAU2023: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN
Ia bagi membincangkan mengenai gerak kerja dalam menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Pemilihan UMNO: Tiga pencalonan Ketua Pemuda UMNO ditolak
Tiga calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO ditolak dalam pemilihan parti ini bagi sesi 2023-2023.
Onn Hafiz diminta bertanding Ketua Pemuda UMNO
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diminta bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bagi mengembalikan semula maruah parti itu.
'Nak jadi Ketua Pemuda UMNO tak boleh jadi pak turut'
Katanya, pemimpin tersebut perlu berani menerajui parti, lantang bersuara, mampu berdebat dan menyampaikan ucapan di forum antarabangsa.