Ketua Jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee bersikap terbuka jika pemainnya menarik minat kelab-kelab Eropah ketika rangka latihan pasukan di luar negara nanti.
Bagi kim swee, ia merupakan peluang terbaik kepada para pemain pelapis kebangsaan itu untuk mengembangkan karier masing-masing.
"Setiap kali bermain, kita beri ruang kepada pemain untuk tunjukan prestasi mereka. Saya percaya di Eropah mereka punyai ‘talent scout’ pada bila bila masa boleh memilih pemain kita jika mereka minat," kata Ong.
Ketika siri jelajah Australia pada bulan lepas, pemain Harimau Muda A, kapten Irfan Fazail dan penyerang Rozaimi Abdul Rahman dikatakan mendapat perhatian pegawai pencari bakat kelab Brisbane Roar.
Walaupun tiada berita susulan berhubung perkara berkenaan, tidak mengejutkan jika pemain-pemain muda negara ini akan memikat kelab-kelab dari Eropah nanti.
Irfan bersama Wan Zack Haikal Wan Noor dan Fadhli Shas pernah dipinjamkan kepada kelab liga utama Slovakia, Vion Zlate Moravce, ketika menjalani latihan di negara itu, dua tahun lalu.
Astro Awani
Fri Mar 15 2013

[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Itali pindahkan 180 rakyatnya dari Lubnan guna penerbangan sewa khas
Negara-negara Eropah yang lain, seperti Sepanyol dan Jerman turut mengambil langkah sama dengan memindahkan rakyat mereka dari Lubnan.

Gelombang haba: Kebakaran hutan landa Eropah Selatan
Kebakaran hutan yang marak telah meragut sekurang-kurangnya dua nyawa dan mencederakan empat yang lain di Itali.

Meta tangguh pelancaran perisian kecerdasan buatan di Eropah
Gergasi media sosial Meta menangguhkan pelancaran perisian kecerdasan buatan (AI) terbarunya di Eropah berikutan kebimbangan daripada agensi perlindungan data.

AWANI-RareTV: Mengembara ke perut glasier terbesar di Eropah
Suasana yang luar biasa menakjubkan! Tapi untuk masuk ke alam air batu ini, persediaan harus cukup.

Mbappe mampu bantu Real dominasi Eropah
Thierry Henry melihat Real Madrid boleh mendominasi bola sepak Eropah dan Sepanyol untuk tempoh enam atau tujuh tahun akan datang jika mereka menandatangani Kylian Mbappe pada musim panas ini.

Proses pengantarabangsaan universiti perlu disokong dengan aktiviti mahasiswa
Bagi Malaysia, pembangunan sistem pendidikan tinggi telah diberikan fokus oleh kerajaan termasuk pelan mengantarabangsakan sektor pendidikan tinggi.

Perhimpunan solidariti Palestin diadakan di Eropah
Beberapa negara Eropah menyaksikan orang ramai berarak sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin pada Sabtu ketika situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.

AS rancang projek infrastruktur untuk hubungkan India, Eropah dan Asia Barat
Pelan itu memerlukan "pelaburan berkualiti tinggi dalam membina infrastruktur mampan" yang akan mengisi jurang global.

92 juta kanak-kanak di Eropah, Asia Tengah terjejas akibat gelombang haba - UNICEF
Negara di rantau itu kini merasakan bahang akibat krisis iklim, dengan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak paling terjejas teruk.

Lebih ramai pekerja di Eropah diberhentikan ekoran unjuran ekonomi lemah
Trend pengurangan tenaga kerja yang semakin meningkat sejak awal tahun ini memberi kesan kepada sekurang-kurangnya 140,000 individu.