PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memuji aksi ditampilkan pemain berpengalaman, Baddrol Bakhtiar yang turun selaku penyerang utama bagi membantu The Rhinos menang 4-2 ke atas Penang FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya, pada Selasa.
Baddrol selaku kapten pasukan diberi kepercayaan oleh Kim Swee untuk berada di jentera serangan sekali gus berjaya memberi impak positif untuk memastikan kemenangan berharga Sabah.
Jelas Kim Swee, beliau juga tidak menjangka anak buahnya mampu memperoleh empat gol apatah lagi selepas Penang FC berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit 51.
“Kita tahu Baddrol merupakan pemain yang cukup berpengalaman dan dia bermain dengan cukup baik di posisi berlainan di mana kita bermain selama 120 minit tempoh hari dalam Piala FA, dan ini memberi impak dari segi keletihan.
“Tetapi majoriti pemain menunjukkan tahap kecergasan memuaskan. Kalau ikut perancangan, sudah tentu saya tidak menjangkakan sehingga empat gol tetapi pemain bangkit selepas gol penyamaan dan ini menunjukkan mereka berada di tahap cukup terutama dari segi mentaliti dan keyakinan mereka,” katanya.
Dalam perlawanan itu, anak buah Kim Swee terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol, sekali gus meletakkan pelawat di depan pada babak pertama.
Bersambung babak kedua, Harimau Kumbang kembali bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol yang dijaringkan T Saravanan pada minit ke-51.
Tersentak dengan jaringan itu, Sabah menggandakan asakan menyaksikan Jackson De Souza kembali meletakkan pelawat di depan menerusi jaringan pada minit ke-57, sebelum selang tiga minit, Baddrol melakukan ‘overhead kick’ untuk gol ketiga Sabah.
Anak buah Kim Swee itu melakukan lebih banyak serangan dan berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan Stuart John Wilkin pada minit ke-66, sebelum Hilal El-Helwe kemudian merapatkan kedudukan untuk Penang FC pada minit ke-76'.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu May 19 2022

Baddrol turun sebagai penyerang utama ketika membantu Sabah melakar kemenangan 4-2 ke atas Penang dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya pada Selasa. - Foto Facebook Sabah Football Club
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

PRN: Baddrol Bakhtiar mengundi di SK Tasik Apong
Calon Perikatan Nasional DUN Gurun, Baddrol Bakhtiar ditemani isteri mengundi di Sekolah Kebangsaan Tasik Apong, Sungai Petani.

PRN: Perkasa pembangunan anak muda misi Firdaus di Gurun
Aspek pembangunan dan peluang anak muda akan menjadi misi dan tawaran utama bagi calon Pakatan Harapan (PH), Mohammed Firdaus Johari di Gurun.

PRN: Ada bekas pemain bola, Baddrol Bakhtiar sampai Altimet, Baby Shima apa cerita?
Selain para politikus, ada dalam kalangan selebriti seperti artis dan bekas pemain bola sepak yang ikut bertanding dalam PRN kali ini.

PRN: 'Rasa macam final bola sepak' - Baddrol Bakhtiar
DUN Gurun menyaksikan pertembungan bekas ketua pasukan Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar mewakili Perikatan Nasional (PN) menentang anak Speaker Dewan Negara, Mohammed Firdaus Johari (PH).

PRN: Baddrol Bakhtiar, Firdaus tiba awal di pusat penamaan calon
Bekas kapten bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar mewakili Perikatan Nasional bertanding di DUN Gurun.

PRN Kedah: Baddrol, Radhi Mat Din sah calon PN di Gurun, Alor Mengkudu
Nama bekas kapten pasukan bola sepak Lang Merah, Baddrol Bakhtiar diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) Kedah.

PRN: Radhi Mat Din, Baddrol Bakhtiar disebut-sebut calon DUN Kedah
Dua ahli akademik bergelar profesor dan sejumlah ulama turut disenarai pendek sebagai calon PRN Kedah.

Liga Super: Sabah ungguli 'Derby Borneo' tewaskan Sarawak United
Dengan kemenangan itu, Sabah hanya kekurangan satu mata di belakang pendahulu liga, JDT.

Kim Swee puji 'impak maksima' Baddrol
Baddrol berjaya memberi impak positif untuk memastikan kemenangan berharga Sabah.

Sudah ditegur berkali-kali tapi masih berlaku - Zainal Abidin
Zainal Abidin berasakan jaringan kedua yang diperoleh pasukan Lang Merah itu hadir terlalu mudah dan meruntuhkan semangat pemainnya.