Ketua jurulatih Harimau Muda A Datuk Ong Kim Swee bercadang menggilir-gilirkan pemainnya untuk mengharungi jadual perlawanan padat pada kejohanan Sukan SEA di Myanmar bermula Sabtu ini.
Beliau berkata ini bagi memastikan pemainnya kekal cergas kerana mereka dijangka bermain empat perlawanan pusingan awal dalam seminggu.
"Ketika ini terdapat empat atau lima pemain yang boleh bermain dalam dua kedudukan (pada satu-satu masa). Saya akan menggunakan semua pemain dalam empat perlawanan berkenaan," katanya selepas menghadiri mesyuarat pengurus pasukan bagi perlawanan persahabatan dengan kelab divisyen tiga Jepun FC Ryukyu, di sini pada Selasa.
Perlawanan akan berlangsung di Stadium MBPJ malam ini.
Kelab itu turut mempunyai dua pemain Malaysia iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim.
Pada masa yang sama Kim Swee melahirkan rasa bimbang dengan keselamatan pemainnya sekiranya mereka mampu menewaskan tuan rumah Myanmar yang sudah tentu mempunyai ramai penyokong.
"Saya tidak pasti sama ada kita boleh keluar dengan selamat dari stadium sekiranya kita mengalahkan mereka," katanya.
Beliau berkata empat pemain tidak akan dapat beraksi di Myanmar ekoran kecederaan iaitu Wan Zack Haikal, Gary Steven Robbat, Junior Eldstal, Nik Shahrul Azim Abdul Halim dan Fandi Othman.
Senarai 20 pemain akan diperoleh selepas perlawanan menentang FC Ryukyu.
Selaku juara bertahan Malaysia akan memulakan perlawanan menentang Brunei dalam Kumpulan A pada 10 Dis, Laos (13 Dis), Singapura (15 Dis) sebelum mengakhiri perlawanan pusingan awal menentang Vietnam dua hari kemudian.
Semua perlawanan berlangsung di Stadium Zeyar Thiri di Naypyitaw.
Bernama
Tue Dec 03 2013
Ketua jurulatih Harimau Muda A Datuk Ong Kim Swee. --gambar fail
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
'Abang Bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
'Abang Bas' yang ditahan di Pusat Koreksional, Muar, sejak Selasa lalu kerana gagal membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 dibebaskan, selepas membayar semua bayaran.
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
Skuad B-23 negara jalani pemulihan selepas tumbangkan China
Skuad B-23 negara mencuri tumpuan apabila menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan tertutup di Shanghai semalam.
Skuad B-23 perlu ada minit permainan yang cukup - Elavarasan
Minit permainan amat penting dalam memastikan skuad Harimau Muda mampu memberi tentangan sengit dalam saingan peringkat kumpulan.
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
Saravanan curi tumpuan bantu Harimau Muda 'ratah' Singapura 7-0
T. Saravanan mencuri tumpuan apabila meledak empat gol dan melakukan satu bantuan jaringan sekali gus muncul penjaring terbanyak skuad Harimau Muda.
Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Sasaran ke final skuad Harimau Muda di Kemboja kekal meski diundi dalam kumpulan 'maut'
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap undian itu adalah yang terbaik buat Harimau Muda.
Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti.
Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.
Kim Swee cari kombinasi terbaik di China demi hadapi Sukan Asia
Pengendali skuad B-23 kebangsaan itu menegaskan beliau mahu melihat peningkatan corak permainan 22 pemain dibawa ke China.
Gary bakal jalani latihan bersama kelab gergasi Jerman
Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat yang kini digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama tiga bulan oleh FAM bakal menjalani latihan bersama kelab Borussia Dortmund.