Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengakui berdepan kesukaran memilih 20 permain terbaik untuk menggalas cabaran negara di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Kim Swee, yang pernah membawa skuad negara memenangi pingat emas pada edisi 2011 di Indonesia, berkata kredibiliti 28 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat akhir sejak Ahad lepas menyukarkannya untuk memuktamadkan skuad KL2017.
"Pemilihan 20 pemain yang dibuat ini adalah yang paling sukar bagi saya sepanjang empat edisi saya membawa pasukan sebelum ini. Lapan pemain yang digugurkan mempunyai kredibiliti masing-masing dan saya percaya mereka akan kembali selepas ini untuk kejohanan yang akan datang.
"Bagi saya ini kejohanan yang cukup singkat jadi saya terpaksa membuat pilihan yang terbaik di mana saya mengutamakan pemain yang mempunyai kelebihan beraksi dalam masa yang singkat," katanya pada sidang media pengumumam senarai akhir 20 pemain skuad bola sepak lelaki kebangsaan ke KL2017.
Seramai empat pemain daripada skuad Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di Bangkok, Thailand, bulan lalu iaitu Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers), Danial Ashraf Abdullah (Kelantan) dan Sean Eugene Selvaraj (Negeri Sembilan) antara lapan pemain yang digugurkan Kim Swee.
Sebagai ganti, Kim Swee telah menyenaraikan enam pemain baharu iaitu Syamer Kutty Abba dan S Kumaahran (Pulau Pinang), Haziq Nadzli dan Safawi Rasid (Johor Darul Ta'zim) serta Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).
Skuad negara bakal membuka kempen Kumpulan A berdepan Brunei Isnin ini diikuti aksi bertemu Singapura (16 Ogos), Myanmar (21 Ogos) dan Laos (23 Ogos) di Stadium Shah Alam.
Berikut adalah senarai 20 pemain yang akan menggalas cabaran negara di KL2017:
Penjaga gol: Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Haziq Nadzli (Johor Darul Ta'zim).
Pertahanan: Ariff Farhan Md Isa (Kedah), Adib Zainuddin (Felcra FC), Adam Nor Azlin (Selangor), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Syazwan Zaipol Bahari (PKNP FC) .
Tengah: Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah), Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang), Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Daniel Amier Norhisham (Felda United), Syahmi Safari (Selangor), Matthew Davies (Pahang), Syazwan Andik Ishak (Johor Darul Ta'zim ll).
Penyerang: Syafq Ahmad (Kedah), Akhyar Rashid (Kedah), Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang), S.Kumaahran (Pulau Pinang), Safawi Rashid (Johor Darul Ta'zim), N. Thanabalan (Felcra FC).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2017
KIM SWEE: Bagi saya, ini kejohanan yang cukup singkat, jadi saya terpaksa membuat pilihan yang terbaik di mana saya mengutamakan pemain yang mempunyai kelebihan beraksi dalam masa yang singkat. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: 21 warga Bangladesh ditahan cuba masuk Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Teo Nie Ching dipilih Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
AWANI 7:45 [06/10/2024] – Tuduhan palsu | Krisis kemanusiaan semakin parah | Tindakan akibat tekanan anak di Gaza | Misi lawatan PM di Pakistan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof dibawakan oleh #Maxis5G
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tiada perbincangan ubah Islam agama rasmi, kata PM
- Setahun genosid di Gaza, yang mati lebih baik, kerana hidup terus merana
- Wanita Palestin mohon maaf kepada rakyat Malaysia
- Wartawan Malaysia tempuh detik cemas terkepung di Islamabad
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tiada perbincangan ubah Islam agama rasmi, kata PM
- Setahun genosid di Gaza, yang mati lebih baik, kerana hidup terus merana
- Wanita Palestin mohon maaf kepada rakyat Malaysia
- Wartawan Malaysia tempuh detik cemas terkepung di Islamabad
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
AWANI Global: konflik Asia Barat: Perang Israel-Hezbollah
Israel semakin 'menggila' memperluaskan tujuan perangnya menyerang sempadan negara berdaulat yang bersekutu dengan Hamas. Sejauh mana keangkuhan Israel membuka mata dan merubah pandangan dunia terhadap kekejaman peristiwa di Palestin pada 7 Oktober tahun lalu?
AWANI Ringkas: Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 6 Oktober 2024
1️⃣ Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
2️⃣ Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
3️⃣ Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
#awaniringkas
1️⃣ Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
2️⃣ Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
3️⃣ Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
#awaniringkas
Kalau mahu lindungi gajah, selamatkan kami dulu
Lebih seribu penduduk di tiga kampung di Hulu Terengganu semakin dihimpit ketakutan apabila kampung mereka bagaikan bertukar menjadi perkampungan gajah.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
Keputusan memalukan, namun peluang tetap masih ada - Kim Swee
Ini meletakkan pasukan muda negara berada dalam tekanan kerana hanya dua pasukan teratas yang akan mara ke separuh akhir.