KETUA jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee, tidak menafikan kehadiran 10 pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) kali ini ibarat tulang belakang buat skuad Harimau Malaysia.
Walaupun 10 pemain dari skuad bimbingan Mario Gomez itu terpaksa lewat melaporkan diri susulan memberi laluan kepada aksi Piala AFC, ia tetap tidak mengubah perancangan Kim Swee untuk menjadikan pemain elit ini sebagai sandaran utama dalam aksi 'play-off' Piala Asia, bertemu Timor Leste pada 2 dan 6 Jun depan.
Perancangan Kim Swee dalam aksi persahabatan menentang Myanmar pada Sabtu depan di Larkin, akan memberi tumpuan kepada aksi pemain JDT untuk 45 minit kedua.
Kim Swee tidak menafikan, 10 pemain dari JDT ini adalah tulang belakang untuk pasukannya, di samping menegaskan kelibat pemain lain juga penting untuk negara.
"Kalau kita lihat daripada senarai pemain yang dipanggil, hampir separuh datangnya dari JDT. Bukan setakat berpengalaman tetapi mereka ini mempamerkan prestasi baik bersama JDT.
"Sememangnya ia memberi kelebihan buat JDT yang mengumpulkan pemain terbaik negara," katanya.
Nada pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar, tidak menggambarkan dia gentar dengan persaingan daripada semua pemain yang hadir untuk kem latihan kali ini. Baddrol bertekad untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
"Bagi saya sendiri, setiap posisi menghadirkan persaingan yang sengit, cuma terpulang kepada jurulatih untuk menentukan siapa yang berhak beraksi," katanya.
Astro Arena
Mon May 23 2016

KIM SWEE: Bukan setakat berpengalaman tetapi mereka ini mempamerkan prestasi baik bersama JDT. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Skuad tenpin bowling raih pingat emas pada Kejohananan Bowling Lelaki Dunia
Pasangan beregu lelaki, Adrian Ang dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam berjaya meraih pingat emas dalam acara beregu lelaki pada Kejohanan Bowling Lelaki Dunia 2018, di Hong Kong.

Hari Bola Sepak Akar Umbi secara tahunan - FAM
Persatuan Bola sepak Malaysia berhasrat menganjurkan Hari Bola sepak Akar Umbi secara tahunan, kata setiausaha agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Welson Sim, Fatehah Olimpian Terbaik 2017
Perenang negara, Welson Sim, dan pelumba basikal trek, Fatehah Mustapa, diumumkan sebagai penerima Anugerah Olimpian Terbaik 2017.

Sukan SEA: Skuad tenis intai slot perlawanan akhir
Lima pingat emas ditawarkan dalam acara tenis yang merangkumi acara perseorangan, beregu, lelaki dan wanita serta beregu campuran.

Kami patut menang - Zidane
Keputusan seri 2-2 di Balaidos menyaksikan Madrid tumpas 4-3 menerusi agregat, dengan Celta mara ke separuh akhir buat musim kedua berturut-turut.

Felipe Massa tangguh persaraan dalam kancah F1
Tidak dapat menolak tawaran setahun lagi untuk beraksi dalam F1 bagi membantu pasukan Williams bersaing secara kompetitif tahun ini.

Manchester United atasi Real Madrid, Barcelona sebagai kelab terkaya dunia
Juara 20 kali EPL itu memperoleh pendapatan sebanyak 689 juta Euro (RM3.2 bilion) hasil daripada hak komersial yang meningkat kepada 100 juta Euro (RM4.7 juta).

Kelab China berang dikaitkan dengan James Rodriguez
Hebei Fortune menyifatkan laporan media sudah melampaui batas kerana mengada-adakan sesuatu yang ternyata tidak benar.

Xabi Alonso masih belum sedia untuk bersara
Kontrak pemain berusia 35 tahun itu di Allianz Arena dijangka berakhir pada hujung musim ini dengan pemain itu masih belum menandatangani kontrak pembaharuan.

BAM ambil langkah proaktif cari pemain pelapis untuk musim 2017
Pemilihan yang dijalankan di Stadium Badminton Bukit Kiara sejak Rabu lalu telah menghimpunkan seramai 100 pemain remaja dari seluruh tanah air.