KUALA LUMPUR: Pemain hoki wanita negara Hanis Nadiah Onn tidak perlu mengemukakan sebarang rayuan berhubung hukuman penggantungan yang dikenakan ke atasnya.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal berkata pemain berusia 26 tahun itu perlu melalui penggantungan tersebut sebagai pemain profesional dan proses hukuman untuk mendisiplinkan diri.
Beliau berkata sebarang proses rayuan melibatkan mana-mana atlet perlu melalui badan induk persatuan sukan masing-masing dan sebarang keputusan akan dibincang bersama Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Saya yakin dengan tindakan sebegini rupa, Hanis Nadiah akan menjadi pemain yang lebih hebat dan cekal. Dari segi rayuan, biar dia jalani dahulu (hukuman penggantungan). Tak perlu rayu kerana kami di pihak KHM memang beri yang terbaik.
"Kita tidak buat keputusan sesuka hati, KBS minta kita bawa empat pingat emas untuk Sukan SEA dan Hanis Nadiah sebagai top striker, kita memang akan rasa kehilangan tetapi dia perlu lalui proses tersebut. Kalau ada tindakan sebaliknya kita akan berbincang dengan MSN," katanya.
Subahan berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Karnival Hoki 5s, B11 dan B15 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini semalam.
Pada 9 Feb lepas, Jawatankuasa Siasatan MSN dan KHM membuat keputusan untuk menggantung Hanis Nadiah dan beliau tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023.
BACA: Komen berbaur perkauman: Hanis Nadiah reda keputusan penggantungan
Keputusan itu dibuat susulan komen Hanis Nadiah yang didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India AR Rahman di ibu negara bulan lepas.
Bagaimanapun, sebelum ini Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan Pemain Harapan Terbaik Asia 2016 itu boleh mengemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Subahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
Pada 9 Feb lepas, Jawatankuasa Siasatan MSN dan KHM membuat keputusan untuk menggantung Hanis Nadiah dan beliau tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023. - Gambar fail
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
Sukan Asia: Hanis Nadiah bersyukur diberi peluang kedua bersama Malaysian Tigress
Penyerang skuad hoki wanita kebangsaan Hanis Nadiah Onn bersyukur dapat membuktikan semula sentuhannya pada Sukan Asia Hangzhou 2022.
KHM tidak akan rayu, Hanis perlu lalui penggantungan - Subahan
Subahan berkata, pemain profesional itu perlu melalui penggantungan tersebut sebagai proses hukuman untuk mendisiplinkan diri.
KBS bantu BAM selesaikan isu kekurangan tempat latihan - Hannah
Beliau akan mengadakan perbincangan bersama Perbadanan Stadium Malaysia bagi mencari jalan menawarkan infrastruktur yang ada.
Komen berbaur perkauman: Hanis Nadiah reda keputusan penggantungan
Hanis Nadiah Onn menerima keputusan penggantungan untuk mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini dengan hati terbuka.
Jangan izinkan amalan budayakan jenaka perkauman - AMK
Jangan sesekali izinkan amalan membudayakan jenaka terutamanya melibatkan bangsa kerana jelas memberi impak negatif dan menjejaskan kerharmonian yang terbina lama.
Hanis Nadiah digantung akibat komen berbaur perkauman
Hanis didapati bersalah kerana telah memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berkenaan konsert AR Rahman pada 28 Januari lalu.