Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin masih belum membuat keputusan sama ada menerima atau tidak pencalonannya bagi merebut jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Khairy berkata masih terlalu awal untuk membuat keputusan kerana beliau perlu mengambil kira semua aspek, antaranya adakah masa mencukupi untuk dirinya jika menjadi presiden FAM berikutan tugasnya sebagai menteri.
"Saya akan bincang terlebih dahulu dengan semua pemegang taruh, wakil dari persatuan bola sepak negeri dan sebagainya...selepas itu barulah saya akan dapat gambaran adakah wajar saya menerima pencalonan memegang jawatan presiden FAM," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menggulung perbahasan persidangan ketiga Parlimen Belia Malaysia 2016 di Dewan Rakyat hari ini.
BACA: Saingan empat penjuru rebut jawatan presiden FAM
Khairy berkata sehingga kini, beliau tidak mendapat sebarang kenyataan rasmi mengenai pencalonan itu daripada FAM dan hanya mengetahuinya menerusi laporan media, malah tidak meminta untuk pencalonan tersebut.
Laporan media baru-baru ini, menyatakan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) adalah antara anggota gabungan yang mencalonkan Khairy sebagai presiden FAM.
Presiden KLFA Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata keputusan sama ada Khairy sedia bertanding atau tidak pada 25 Mac ini, hanya akan diketahui pada 20 Feb depan, iaitu tarikh akhir untuk sesiapa yang tercalon mengesahkan pendirian mereka dalam pemilihan bagi penggal 2017-2021.
Selain Khairy, menurut laporan media itu, FAM mengesahkan tiga tokoh bola sepak dicalonkan untuk menerajui badan induk tersebut iaitu pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat.
Khairy berkata masa untuk memberi perhatian kepada FAM agak suntuk sekiranya dilantik sebagai presiden memandangkan tugasnya sebagai menteri yang bertanggungjawab menguruskan Sukan SEA 2017 dan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
"Sekiranya Tunku Ismail bersetuju dengan pencalonan ini, saya akan menarik diri dan saya percaya Annuar Musa juga akan mengambil langkah yang sama," katanya.
Presiden FAM perlu mempunyai pengaruh yang luas dalam komuniti bola sepak tempatan dan memastikan tidak wujudnya perpecahan dan masalah dalam FAM pada masa depan, katanya.
Apa yang penting, keputusan tepat harus dibuat dalam memilih presiden FAM yang baharu kerana peluang untuk mengundi dan memilih kepimpinan FAM tidak datang selalu mungkin hanya 10 tahun sekali, katanya.
Mengenai persidangan ketiga Parlimen Belia Malaysia 2016, Khairy berkata sama seperti tahun sebelumnya, semua perkara dibangkitkan semasa persidangan itu akan diproses dan dijadikan laporan kepada Kabinet sebelum diserahkan kepada mana-mana kementerian untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017
Khairy Jamaluddin masih belum membuat keputusan sama ada menerima atau tidak pencalonannya bagi merebut jawatan presiden FAM. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Khairy belum putus pencalonan jawatan presiden FAM
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin masih belum membuat keputusan sama ada menerima atau tidak pencalonannya bagi merebut jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).