RAJA pecut Asia Tenggara Khairul Hafiz Jantan akan berehat selama sebulan dalam proses pemulihan kecederaan otot pahanya (hamstring).
Jurulatihnya Mohd Poad Md Kassim berkata, Khairul Hafiz yang sedang menjalani rawatan di Institut Sukan Negara (ISN), hanya boleh kembali berlari anak dalam masa dua minggu lagi.
"Khairul dah buat pemeriksaan di ISN hari ini dan akan memulakan rawatan bermula esok. Tahap kecederaannya adalah sederhana, iaitu tahap kedua. Beliau dah boleh jalan sekarang seperti biasa tanpa rasa sakit," katanya kepada Bernama.
Atlet berusia 19 tahun itu dijangka menjalani rawatan di ISN sehingga Khamis sebelum pulang berehat di rumahnya, di Melaka dan kembali menjalani rawatan susulan sebelum melaporkan diri di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor untuk menyambung pengajian prauniversitinya.
Pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Khairul Hafiz menamatkan penantian 14 tahun Malaysia untuk meraih pingat emas acara 100m lelaki Sukan SEA apabila menewaskan juara bertahan Eric Cray dari Fili[pina dengan catatan masa 10.38s, selepas kali terakhir dimenangi oleh Nazmizan Muhammad pada Sukan SEA 2003 di Vietnam.
Namun, Khairul Hafiz hanya di tempat keempat acara 200m dengan catatan masa 21.28s pada Rabu lepas, selepas sehari menggungguli acara 100m , akibat kecederaan dan tidak dapat beraksi dalam acara 4x100m pada hari seterusnya.
Mohd Poad berkata pemilik rekod kebangsaan acara 100m dan 200m dengan catatan masa 10.18s dan 20.90s itu, seterusnya akan membuat persiapan untuk Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia dan Sukan Asia Jakarta pada tahun depan, bergantung kepada keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
"Kalau KOM nak hantar dia pergi ke Sukan Komanwel pada April depan, kita akan memulakan persediaan ke arah itu," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2017
Khairul Hafiz yang sedang menjalani rawatan di ISN, hanya boleh kembali berlari anak dalam masa dua minggu lagi.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
'Hanya Zii Jia sahaja yang tahu'
KEPUTUSAN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk berehat sementara dari dunia badminton bukan sesuatu yang mengejutkan kepada yang bergelar pemain.
KBS akan terus sokong Zii Jia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan akan terus menyokong jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Saya mahu rehat dahulu - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).
Sekatan jalan raya: Tindakan terhadap ketua polis negeri jika anggota tidak tangkas - KPN
SJR penting dalam memastikan pasukan itu dapat mengawal aktiviti rentas sempadan, justeru tidak boleh dipandang mudah.
Kenapa bahaya tidur dalam kereta? Ini fakta anda perlu tahu
Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah.
Raja Arab Saudi tiba di Neom untuk berehat dan pemulihan
Raja Salman diizinkan keluar dari hospital pada 30 Julai selepas menjalani pembedahan untuk membuang pundi hempedu.
"Kesilapan besar politik Malaysia ialah terlalu harapkan Tun M" - Nik Abduh
Nik Abduh saran Dr Mahathir kurangkan berpolitik, berehat dan berhenti daripada dengar hasutan orang sekeliling.
Biar Zahid bercuti sehingga tamat tempoh - UMNO Jerantut
Memandangkan beliau masih memegang jawatan itu, seelok-eloknya beliau dibiarkan menghabiskan tempoh menyandang jawatan tersebut sehingga 2021.
PRK Rantau: Pengundi perlu 'rehatkan' Tok Mat - Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini bagi membolehkan Mohamad memberi fokus beliau untuk memulihkan UMNO.
Berkerusi roda.. Mamat Khalid akui terpaksa berehat seketika
Jelasnya, sejak sebulan lalu dia mengalami masalah kencing tidak lawas yang menyebabkannya terpaksa berehat seketika.