Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengurangkan drama politik ketika rakyat dan negara sedang berdepan ancaman pandemik COVID-19.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, bagi menghentikan drama itu, Dr Mahathir disaran terus berehat dan tidak mendengar hasutan orang sekeliling yang hanya boleh merosakkan imej dirinya.
Nik Abduh yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) berkata, ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini, semua pihak terutama ahli politik tidak perlu terlalu obses dengan usaha untuk menukar kerajaan.
Katanya, apa yang membimbangkan ialah, situasi itu turut menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.
"Politik ni panjang, ada masanya kita boleh redakan dan sampai masanya kita bolehlah panaskan balik.
"Jadi pada pandangan saya, tindakan Tun Dr Mahathir ini sebagai mana saya sebut sebelum ini, sebelum dan selepas pilihan raya, saya masih lagi melihat bahawa kesilapan besar yang berlaku dalam politik negara kita ialah ahli politik terlalu mengharapkan Tun Dr Mahathir supaya memimpin kembali negara.
"Saya yakin bahawa sebagai orang yang telah berpengalaman, peranan Tun Dr Mahathir adalah menasihat. Itu orang tua, orang lama dia bukan ditugaskan untuk memimpin. Orang tua tugasnya menjadi penasihat," kata Nik Abduh.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Kesedar, di sini pada Ahad.
Sebelum itu, beliau yang baru dilantik sebagai Pengerusi Kesedar telah mengadakan perjumpaan dengan pengurusan tertinggi agensi kerajaan pusat itu.
Muhafandi Muhamad
Sun May 31 2020
![Kesilapan besar politik Malaysia ialah terlalu harapkan Tun M - Nik Abduh Kesilapan besar politik Malaysia ialah terlalu harapkan Tun M - Nik Abduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590911969_NikAbduh.jpg)
Kata Nik Abduh, sebagai orang tua yang berpengalaman dalam politik, tugas Dr Mahathir yang sewajarnya ialah menasihat orang baharu. - Gambar fail
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
!['Hanya Zii Jia sahaja yang tahu' 'Hanya Zii Jia sahaja yang tahu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686888596_TBMASHUP.jpg)
'Hanya Zii Jia sahaja yang tahu'
KEPUTUSAN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk berehat sementara dari dunia badminton bukan sesuatu yang mengejutkan kepada yang bergelar pemain.
![KBS akan terus sokong Zii Jia KBS akan terus sokong Zii Jia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686810272_TBAdamAdli.jpg)
KBS akan terus sokong Zii Jia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan akan terus menyokong jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
![Saya mahu rehat dahulu - Dr Noor Hisham Saya mahu rehat dahulu - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681905059_TBNOORHISHAMCLOCKOUT.jpg)
Saya mahu rehat dahulu - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).
![Sekatan jalan raya: Tindakan terhadap ketua polis negeri jika anggota tidak tangkas - KPN Sekatan jalan raya: Tindakan terhadap ketua polis negeri jika anggota tidak tangkas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615454173_TBPCPOLIS.jpg)
Sekatan jalan raya: Tindakan terhadap ketua polis negeri jika anggota tidak tangkas - KPN
SJR penting dalam memastikan pasukan itu dapat mengawal aktiviti rentas sempadan, justeru tidak boleh dipandang mudah.
![Kenapa bahaya tidur dalam kereta? Ini fakta anda perlu tahu Kenapa bahaya tidur dalam kereta? Ini fakta anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51591546459_perempuanperangkap.jpg)
Kenapa bahaya tidur dalam kereta? Ini fakta anda perlu tahu
Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah.
![Raja Arab Saudi tiba di Neom untuk berehat dan pemulihan Raja Arab Saudi tiba di Neom untuk berehat dan pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41597286597_TBSAUDIKINGSALMAN.jpg)
Raja Arab Saudi tiba di Neom untuk berehat dan pemulihan
Raja Salman diizinkan keluar dari hospital pada 30 Julai selepas menjalani pembedahan untuk membuang pundi hempedu.
![Kesilapan besar politik Malaysia ialah terlalu harapkan Tun M - Nik Abduh Kesilapan besar politik Malaysia ialah terlalu harapkan Tun M - Nik Abduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590911969_NikAbduh.jpg)
"Kesilapan besar politik Malaysia ialah terlalu harapkan Tun M" - Nik Abduh
Nik Abduh saran Dr Mahathir kurangkan berpolitik, berehat dan berhenti daripada dengar hasutan orang sekeliling.
![Biar Zahid bercuti sehingga tamat tempoh - UMNO Jerantut Biar Zahid bercuti sehingga tamat tempoh - UMNO Jerantut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61558446727_ZAHIDBERCUTI.jpg)
Biar Zahid bercuti sehingga tamat tempoh - UMNO Jerantut
Memandangkan beliau masih memegang jawatan itu, seelok-eloknya beliau dibiarkan menghabiskan tempoh menyandang jawatan tersebut sehingga 2021.
![PRK Rantau: Pengundi perlu 'rehatkan' Tok Mat - Saifuddin Nasution PRK Rantau: Pengundi perlu 'rehatkan' Tok Mat - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41554742602_SAIFUDDIN.jpg)
PRK Rantau: Pengundi perlu 'rehatkan' Tok Mat - Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini bagi membolehkan Mohamad memberi fokus beliau untuk memulihkan UMNO.
![Berkerusi roda.. Mamat Khalid akui terpaksa berehat seketika Berkerusi roda.. Mamat Khalid akui terpaksa berehat seketika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71547740804_mamatkhalidcover.jpg)
Berkerusi roda.. Mamat Khalid akui terpaksa berehat seketika
Jelasnya, sejak sebulan lalu dia mengalami masalah kencing tidak lawas yang menyebabkannya terpaksa berehat seketika.