KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) meluluskan permohonan juara 100 meter Sukan SEA, Khairul Hafiz Jantan dan Mohd Haiqal Hanafi, untuk kembali ke pangkuan bekas jurulatih mereka, Mohd Poad Md Kassim.
Keputusan berpisah dengan pengarah teknikal KOM, Dwayne Miller akan berlangsung dalam masa terdekat kerana kedua-dua jaguh pecut itu kesuntukan masa melepasi had kelayakan Sukan Olimpik Tokyo.
KOM bersetuju memenuhi permintaan Khairul dan Haiqal yang berpindah ke Bukit Jalil sejak Oktober 2020.
Ia berdasarkan keputusan mesyuarat bersama Institut Sukan Negara (ISN), ketua jurulatih negara, Miller dan Poad, minggu lalu.
Apa yang menarik, mesyuarat itu memutuskan Khairul dan Haiqal dibenarkan kembali ke pangkuan Poad selepas Terbuka Malaysia, Jun depan namun tidak dipersetujui kedua-dua pelari terbabit.
"Kedua-dua atlet tersebut kekal dengan keputusan mereka, jadi pihak KOM dan MSN memberikan kebenaran kepada mereka untuk kembali berlatih bersama jurulatih pecut, Md Poad. Mereka perlu kembali ke MSN bagi latihan acara berganti-ganti dan pihak KOM dan MSN akan sentiasa membantu atlet-atlet ini," kata Presiden KOM, Datuk SM Muthu.
Realitinya, Khairul dan Haiqal tidak banyak berkembang di bawah Miller.
Kedua-duanya tidak pernah beraksi dalam acara 100m sejak lapan bulan lalu sama ada ekoran kecederaan atau belum sedia beraksi.
Sementara itu, Poad menunggu lampu hijau KOM dan MSN untuk memulakan sesi latihan pertama di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor.
Cuma beliau mengakui misi melepasi had kelayakan Sukan Olimpik Tokyo, 10.05 saat umpama satu tugas mustahil.
BACA: Olahraga: Keputusan atlet jangan jadikan isu - Nazmizan
BACA: 'Speedy Jantan' sudah kemuka sebab kepada KOM
BACA: 'The Speedy Jantan' tidak mahu isu luar trek jejas prestasi
Ia memandangkan Khairul dan Haiqal hanya mempunyai masa kurang dua bulan sebelum tarikh tutup kelayakan Olimpik.
"Apabila mendapat makluman bahawa Khairul Hafiz dan Haiqal untuk kembali berlatih bersama saya, saya sentiasa menerimanya dengan terbuka," katanya.
"Saya terharu dengan pihak KOM untuk mendengar pandangan atlet dan misi untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik agak sukar namun persiapan menjelang Sukan SEA masih lagi di landasan terbaik dalam usaha untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada 2019."
BACA: Biarkan Haiqal terus dibimbing Poad
BACA: Khairul Hafiz perlu terbuka terima jurulatih baharu
BACA: Jurulatih gusar Khairul Hafiz tenggelam kerana liputan media
Astro Arena
Wed Apr 21 2021
Mohd Poad mengakui misi melepasi had kelayakan Sukan Olimpik Tokyo, 10.05 saat umpama satu tugas mustahil memandangkan Khairul dan Haiqal hanya mempunyai masa kurang dua bulan sebelum tarikh tutup kelayakan Olimpik. - Astro ARENA
Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.
Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian AS$306 juta dari DMM Bitcoin
Jepun akan meningkatkan langkah keselamatan siber selepas penggodam mencuri 48 bilion yen (AS$306 juta) daripada bursa mata wang kripto Jepun DMM Bitcoin, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayas
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
KOM tunggu dana daripada MSN
KOM masih menunggu keputusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai peruntukan yang bakal diberikan kepada persatuan tersebut.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia
Dengan adanya universiti sukan ini, ia mampu dijadikan sebagai tempat pemusatan kepakaran akademik yang membolehkan pelbagai kajian dan inovasi kreatif dalam bidang sukan dilaksanakan.
Berlarilah bebas tanpa tekanan di Paris, Azeem - Watson Nyambek
Penantian selama 24 tahun untuk melihat kelibat pelari pecut Malaysia dalam acara 100 meter (m) lelaki pada Sukan Olimpik akan berakhir dengan penampilan jaguh negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi.
Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.
Olimpik Paris 2024: KOM pening, tangguh keputusan ke Selasa depan
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengumumkan keputusan tersebut pada minggu depan.
KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menegaskan badan induk itu belum memutuskan atlet mana yang bakal mengisi slot wild card di Olimpik Paris.
Antara pengharapan dua permata olahraga negara dan dilema KOM
Hanya seorang daripada dua atlet yang berpangkalan di AS itu akan meraih debut Olimpik di Paris 2024 menerusi tiket wild card.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
KOM beri tiga atlet kebebasan pilih SUKMA atau kejohanan dunia
KOM memberi kebebasan kepada tiga atlet muda kebangsaan, untuk memilih sama ada mewakili negeri ke SUKMA atau menyahut cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2024.