KUALA LUMPUR: Peribahasa tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu menggambarkan situasi yang menanti dua permata olahraga negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 bermula Julai ini.
Ini kerana hanya seorang daripada dua atlet yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu akan meraih debut Olimpik di Paris 2024 menerusi tiket wild card yang bakal diputuskan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas usaha kedua-dua atlet itu melayakkan diri secara merit menemui jalan buntu.
Ia selepas usaha Azeem untuk melayakkan diri secara merit dalam acara 100 meter (m) dan Shereen bagi acara 400m dengan mencipta masa di bawah had kelayakan menemui jalan buntu.
Peluang untuk layak secara merit menerusi ranking dunia juga dilihat agak tipis bagi kedua-dua atlet itu apabila Azeem dan Shereen perlu berada dalam kelompok 56 dan 48 terbaik dalam acara masing-masing selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Azeem kini menghuni ranking ke-67 sementara Shereen ke-68.
Berdasarkan garis panduan yang ditetapkan, mana-mana negara yang tidak mempunyai atlet atau kuartet lari berganti-ganti yang layak secara merit akan dibenarkan untuk menghantar sama ada atlet lelaki atau wanita terbaik dalam acara sama ada 100m, 800m atau maraton.
Beraksi di Sukan Olimpik iaitu pentas temasya sukan berprestij dunia pastinya memberi 'pulangan' pendedahan dan pengalaman yang amat berharga serta boleh menjadi batu loncatan dalam karier atlet.
Dalam konteks Azeem dan Shereen, kedua-duanya telah membuktikan kemampuan masing-masing dengan pencapaian yang diraih dalam kejohanan dan temasya sukan beberapa tahun kebelakangan ini sekali gus layak diberi pertimbangan untuk beraksi di Paris 2024.
Di usia 20 tahun, Azeem memegang status sebagai pelari terpantas Malaysia dengan catatan 10.09 saat (s) dan berjaya mencipta sensasi apabila menduduki tempat kelima dalam saingan final 100m Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun 2022 di Colombia.
Setahun kemudian, beliau merangkul pingat gangsa dalam acara kegemarannya itu pada Sukan Asia Hangzhou 2022 dengan catatan 10.11s sekali gus menoktahkan penantian lebih empat dekad negara untuk penyudah podium dalam acara reben biru sejak Datuk Rabuan Pit meraih emas pada edisi New Delhi 1982.
Namun, atlet kelahiran Perak itu dilihat bergelut dengan prestasi sejak awal tahun ini sekali gus tidak berjaya dalam usaha merakam had masa kelayakan 10s atau menempatkan diri dalam kelompok 56 terbaik dalam ranking dunia bagi membolehkan beliau meraih tiket automatik.
Catatan peribadi terbaik Azeem musim ini adalah 10.24s yang dilakukan pada kejohanan di AS, April lepas, namun aksi di Paris 2024 pasti melonjakkan semangat beliau yang dianggap sebagai individu tepat untuk menjadi pelari pertama Malaysia melakukan catatan masa 10s.
Sekalipun tidak berjaya melakukan 10s di Paris, Azeem sekurang-kurangnya berupaya untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya selepas rekod menunjukkan beliau berjaya menampilkan prestasi yang memberangsangkan di kejohanan berprestij.
Bagi Shereen, atlet berusia 25 tahun itu yang lebih sinonim dengan acara 400m, telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan musim ini apabila berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dengan catatan masa 51.79s pada kejohanan di AS, awal bulan ini.
Shereen yang meneruskan legasi ibunya Josephine Marry yang merupakan bekas atlet olahraga negara, turut mencipta sensasi apabila merangkul gangsa 400m pada Sukan Asia Hangzhou 2022 selain turut membantu kuartet 4x100m wanita membawa pulang gangsa di temasya sukan itu.
Kebolehan beliau untuk beraksi dalam acara pecut tidak boleh dinafikan selepas melakar sejarah tersendiri apabila memadam rekod kebangsaan selama 25 tahun dalam acara 200m dengan catatan 23.33s di AS tahun lepas.
Dalam acara 100m yang jarang disertainya pula, Shereen merakam catatan peribadi terbaik 11.87s pada kejohanan di AS, April lepas, iaitu 0.37s di belakang rekod kebangsaan berusia 30 tahun milik G. Shanti sementara had masa kelayakan ke Paris 2024 bagi 100m wanita ialah 11.07s.
Selepas tidak berjaya melakukan 50.95s yang merupakan had masa kelayakan ke Paris 2024 bagi acara 400m wanita, Shereen kini terpaksa bergantung harap kepada kemas kini terbaharu ranking dunia yang dilihat agak sukar sekali gus terpaksa mengharapkan pertimbangan KOM.
Sekiranya Shereen terpilih ke Paris 2024, beliau yang sudah pasti akan beraksi dalam acara 100m perlu mengubah rutin latihan yang lebih memfokuskan kepada acara pecut, selain sekurang-kurangnya perlu membalas kepercayaan yang diberikan dengan memadam rekod kebangsaan.
KOM dijangka perlu menyerahkan nama atlet yang menjadi pilihan mereka kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selewat-lewat pada awal bulan depan.
Sebagai rekod, bekas jaguh pecut Watson Nyambek menjadi atlet lelaki negara terakhir beraksi dalam acara 100m di Sukan Olimpik pada edisi Sydney 2000 sementara Zaidatul Husniah Zulkifli dan Azreen Nabila Alias bersaing dalam kategori wanita masing-masing pada edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020.
Sukan Olimpik Paris dijadual berlangsung dari 26 Julai sehingga 11 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
Azeem kini menghuni ranking ke-67 sementara Shereen ke-68. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Disember 2024
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Tidak pernah wujud kaedah 'pintu belakang' kemasukan pelajar ke universiti awam
Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana universiti awam di Malaysia.
Hakisan pantai: Terengganu berisiko menjadi semakin 'kecil'
Terengganu berisiko menjadi semakin 'kecil' akibat hakisan pantai yang semakin kritikal, khasnya apabila monsun timur laut tiba.
Senarai calon Jawatankuasa Eksekutif FAM diketahui hujung Jan
Senarai calon yang akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029 pada kongres badan induk itu yang dijadual berlangsung 15 Feb depan akan diketahui selewat-lewatnya hujung Januari ini.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata FAM sudah meng-e-melkan notis kongres dan borang pencalonan dengan tarikh tutup pada 16 Jan kepada kesemua ahli gabungannya semalam.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata FAM sudah meng-e-melkan notis kongres dan borang pencalonan dengan tarikh tutup pada 16 Jan kepada kesemua ahli gabungannya semalam.
Kekalahan Olimpik Tokyo titik perubahan buat raja pecut Paris Lyles
Pingat emas itu menjadikan Lyles sebagai pelari AS pertama yang memenangi acara berkenaan sejak kejayaan Justin Gatlin pada 2004.
Olimpik Paris 2024: Rusia kritik larangan atlet berhijab dalam upacara pembukaan
Larangan yang dikenakan terhadap pelari pecut Perancis, Sounkamba Sylla disifatkan sebagai tindakan pengasingan yang ketara.
Antara pengharapan dua permata olahraga negara dan dilema KOM
Hanya seorang daripada dua atlet yang berpangkalan di AS itu akan meraih debut Olimpik di Paris 2024 menerusi tiket wild card.
Azeem bangga dalam kecewa
Pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi agak kecewa kerana gagal memperbaiki rekod acara 100 meter (m) miliknya walaupun muncul juara final Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2024.
Mohd Poad cabar pelari pecut muda tonjol potensi di Sukma 2024
Jurulatih pecut negara Mohd Poad Md Kassim melontarkan cabaran kepada atlet-atlet baharu supaya menonjolkan potensi dengan melakukan kejutan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak.
Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi
Pelari itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11s, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya.
Azeem dipilih penerima Anugerah Khas 100PLUS
Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi dipilih sebagai penerima Anugerah Khas 100PLUS sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022.
Muhammad Azeem dibenarkan pulang jalani latihan pusat di Malaysia
Muhammad Azeem akan kembali dalam masa terdekat dan turut menyertai Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada 12 hingga 16 Julai.
Khairul Hafiz tekad perbaiki catatan masa, tumpu kelayakan Sukan Asia
Pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan kini mahu memberi tumpuan dan meningkatkan prestasi seterusnya layak beraksi pada saingan Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China September ini.
Pelari 100m pertama catat bawah 10s meninggal dunia
Hines, lelaki pertama mencatatkan bawah 10 saat bagi acara 100 meter (m).