KUALA LUMPUR: Kekurangan penyertaan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sukan Malaysia perlu ditangani segera, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Wanita dalam Sukan Jepun (JSW) Dr Etsuko Ogasawara.
Saranan itu susulan pendedahan Jawatankuasa Wanita dalam Sukan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bahawa hanya 15 peratus wanita mengambil peranan kepimpinan dalam bidang itu di negara ini setakat 2020.
Etsuko berkata isu itu, yang didedahkan pada Persidangan Wanita dalam Sukan ASEAN baru-baru ini, membimbangkan dan tidak mencukupi untuk mengembangkan kesaksamaan gender di lapangan.
"Satu kod tadbir urus atau peraturan perlu diwujudkan dalam sektor ini mengikut standard antarabangsa iaitu 40 peratus penyertaan wanita dalam peranan membuat keputusan dalam sukan.
"Saya fikir Malaysia juga perlu bekerjasama dengan sebuah badan antarabangsa untuk mencapai persetujuan seperti apa yang dilakukan Jepun untuk menangani isu ketidaksamaan gender," katanya kepada Bernama.
Etsuko berkata Jepun telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam sukan dengan menandatangani Deklarasi 'Brighton plus Helsinki' 2014 pada April 2017, yang menuntut nisbah wanita dalam lembaga pengarah organisasi sukan ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 40 peratus.
Deklarasi itu ditandatangani oleh lima pertubuhan sukan utama Jepun iaitu Agensi Sukan Jepun, Jawatankuasa Olimpik Jepun (JOC), Persatuan Sukan Jepun, Jawatankuasa Paralimpik Jepun dan Majlis Sukan Jepun.
"Selepas menandatangani deklarasi itu, penyertaan wanita dalam JOC bagi peranan kepimpinan meningkat daripada 20 peratus kepada 40 peratus. Kemudian, penyertaan wanita dalam Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo berubah daripada sifar peratus kepada 42 peratus untuk Sukan Olimpik 2020 yang diadakan di Tokyo," katanya.
Ahli Lembaga Eksekutif Kumpulan Kerja Antarabangsa (IWG) Asia itu berkata tempoh lima tahun dari 2017 hingga 2021 adalah tempoh yang amat penting buat Jepun dalam memupuk kesaksamaan gender dalam sukan.
Bagaimanapun, beliau berkata keberkesanan penyertaan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sukan di Jepun masih belum dinilai.
Berkongsi pengalamannya dalam sukan dan perjuangan meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang itu, Etsuko, 65, yang akan bersara tahun depan, bermula sebagai perenang nombor satu semasa remaja di kampung halamannya di wilayah Ibaraki, Jepun dan kemudian melanjutkan pengajian sarjana dalam sains sukan untuk menjadi jurulatih renang peringkat tinggi.
Etsuko juga pernah berkhidmat sebagai penolong profesor di Institut Kecergasan dan Sukan Kebangsaan di Kanoya, Kagoshima dan menjadi ketua jurulatih pasukan renang di situ sebelum memulakan pengajian kedoktorannya.
Beberapa tahun kemudian, beliau menyertai pasukan renang kebangsaan Jepun pada usia lewat 20an sebagai kakitangan kejurulatihan untuk Sukan Asia Seoul 1986 dan Sukan Olimpik Seoul 1988.
"Saya bangga kerana salah seorang pelajar (lelaki) saya, Daichi Suzuki meraih pingat emas dan kemudiannya menjadi Ketua Pesuruhjaya Agensi Sukan Jepun yang pertama pada 2015," katanya.
Meneruskan minatnya dalam sukan untuk wanita, Etsuko, yang kini merupakan profesor pengurusan sukan di Universiti Jutendo, mempengerusikan Persidangan Asia Pertama mengenai Wanita dan Sukan pada tahun 2001 yang disertai 14 negara.
Beliau turut mempengerusikan secara bersama Persidangan Dunia Wanita dan Sukan 2006 di Kumamoto, Jepun yang disertai 700 orang dari 100 negara bagi tempoh 2002-2006.
Komitmen dan semangat Etsuko selama lebih 40 tahun dalam bidang sukan telah diiktiraf menerusi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Sumbangan AVON untuk Wanita pada 2004, Anugerah Pathfinder Antarabangsa daripada Persatuan Kebangsaan untuk Kanak-Kanak Perempuan dan Wanita dalam Sukan di Amerika Syarikat (2012) dan Anugerah Sukan Jawatankuasa Olimpik Jepun (JOC) (Anugerah Wanita dan Sukan) pada 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
ETSUKO: Malaysia juga perlu bekerjasama dengan sebuah badan antarabangsa untuk mencapai persetujuan seperti apa yang dilakukan Jepun untuk menangani isu ketidaksamaan gender. --fotoBERNAMA
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
Israel tingkat serangan udara di timur Lubnan
Hampir semua bangunan di bandar lama Baalbek di Timur Lubnan musnah selepas rejim zionis meningkatkan serangan udaranya pada Ahad.
Jokowi seru sentiasa berwaspada di tengah-tengah cabaran global
Presiden Joko Widodo menyeru Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk sentiasa berwaspada dan bersiap sedia ketika negara berdepan dengan cabaran global yang semakin meningkat.
Pesawat Frontier Airlines terbakar ketika mendarat
Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada.
7 maut termasuk dua kanak-kanak di Maharashtra
Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera selepas kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan di Maharashtra, Mumbai.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.
8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852 - Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas.
JDT raih kejuaraan berganda, julang Piala Futsal Malaysia 2024
Skuad futsal Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kejuaraan berganda musim ini apabila muncul juara Piala Futsal Malaysia 2024 selepas menewaskan Selangor 3-2.
AWANI Ringkas: 21 warga Bangladesh ditahan cuba masuk Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ketidaksamaan gender dalam kepimpinan sukan perlu tindakan segera
Jawatankuasa Wanita dalam MOM mendedahkan, hanya 15 peratus wanita mengambil peranan kepimpinan dalam bidang itu di negara ini setakat 2020.