Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya dari sukan itu atas faktor kesihatan.
Menurut Chong Wei, keputusan itu diambil selepas beliau berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
"Kita buat keputusan selepas Hari Raya (Aidilfitri) akan bersara dan ia keputusan yang amat berat kerana saya sayangkan sukan ini.
"Kesihatan lagi penting, saya sudah jumpa Syed Saddiq dan Mohamad Norza mengenai perkara ini sebelum berehat sebulan sebelum ini.
"Terima kasih kepada media, ini mungkin sidang media saya yang terakhir. Media banyak bantu, rakyat Malaysia juga banyak beri sokongan serta semua kakitangan BAM," katanya semasa sidang media persaraannya di Menara KBS di sini, pada Khamis.
Spekulasi mengenai persaraan Chong Wei bertiup kencang selepas pemenang pingat perak Olimpik sebanyak tiga kali itu dilaporkan telah bertemu Mohamad Norza dan para jurulatih untuk membincangkan masa depannya.
Pada tahun lepas, Chong Wei mengaku hatinya remuk apabila diberitahu menghidap kanser hidung.
Beliau juga telah menerima rawatan penyakit itu selama dua bulan di Taiwan.
Ketika ditanya perancangannya selepas ini, Chong Wei memberitahu, beliau mahu berbulan madu dan menggantikan semula masa bersukan dan meninggalkan keluarga demi negara.
Sementara itu Syed Saddiq memberitahu, roh semangat sukan Chong Wei akan menjadi semangat untuk atlet-atlet semua sukan lain dalam mengharumkan nama negara di mata dunia.
Beliau turut mengumumkan Chong Wei sebagai calon Ketua Kontinjen Malaysia (Chef de Mission) untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Antara pencapaian besar Chong Wei yang terus diingati adalah pingat perak temasya Olimpik bermula di Beijing 2008, diikuti London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.
Beliau juga tiga kali muncul naib juara dunia bermula edisi 2011 di London, 2013 di Guangzhou dan 2015 di Jakarta.
BACA: 'Terima kasih Malaysia' - Lee Chong Wei
Wan Syamsul Amly
Thu Jun 13 2019
Memikirkan kesihatan lebih penting, Chong Wei harus membuat keputusan bersara dari sukan badminton. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kesihatan faktor Chong Wei umum persaraan
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya dari sukan itu atas faktor kesihatan.