GOOGLE menyasarkan untuk memastikan bahawa jejak karbon (carbon footprint) mereka, yakni pencemaran yang dihasilkan daripada penggunaan tenaga elektrik mereka adalah sifar menjelang 2030.
Pelan tersebut nampaknya kini menghadapi isu kerana laporan alam sekitar terbaru mereka memperlihatkan bahawa jumlah jejak karbon (gas karbon dioksida yang dihasilkan) syarikat tersebut telah meningkat sebanyak 48% sejak 2019.
Malah, menurut laporan yang sama, Google memperlihatkan peningkatan kadar jejak karbon untuk beberapa tahun sekarang, di mana peningkatan dari tahun ke tahun ialah sebanyak 13 peratus.
Google dilihat menggunakan sumber tenaga lestari di mana mereka boleh menggunakannya, akan tetapi di rantau seperti Asia Pasifik, pusat data mereka banyak menggunakan tenaga elektrik tidak lestari, dan ini adalah alasan yang diberikan untuk peningkatan jejak karbon tersebut.
Dalam pada itu, pembangunan pesat teknologi kecerdasan buatan juga memperlihatkan Google menggunakan lebih banyak mesin pelayan untuk memproses pembelajaran mesin dan perkhidmatan AI mereka, dan penggunaan tenaga elektrik yang meningkat akibat teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru diketahui.
Syarikat-syarikat seperti Amazon dan Microsoft juga semuanya telahpun menambah kuasa pemprosesan pada pusat data mereka khusus untuk tujuan AI, dan untuk beberapa tahun akan datang, trend penggunaan teknologi AI akan semakin meningkat, dan isu penggunaan tenaga elektrik berskala besar ini akan menjadi semakin serius. -Amanz
Amanz
Sat Jul 06 2024
Google memperlihatkan peningkatan kadar jejak karbon untuk beberapa tahun sekarang, di mana peningkatan dari tahun ke tahun ialah sebanyak 13 peratus. -Amanz
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Kerajaan benarkan syarikat penerbangan kenakan caj pelepasan karbon - Loke
Syarikat penerbangan akan menggunakan bayaran tambahan itu bagi membeli bahan api penerbangan mampan (SAF), manakala yang lain akan membayar kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan karbon.
Lego 'hentikan projek' guna botol minuman kitar semula
Plastik PET akan menyebabkan pelepasan karbon yang lebih tinggi sepanjang hayat kerana ia memerlukan peralatan baharu.
Innoex 2023: Penyelesaian inovatif lestari pacu industri, ekonomi - PM
Anwar berkata, pemain industri perlu mencari penyelesaian inovatif yang kos efektif, sekali gus mengangkat martabat Malaysia menjadi negara yang inovatif, maju dan lestari.
CEO Ryanair dilempar kek oleh aktivis alam sekitar
Tindakan itu sebagai satu bantahan terhadap pelepasan karbon oleh syarikat penerbangan tersibuk Eropah itu.
Sistem penyejukan berpusat di Cyberjaya, kurangkan pelepasan 7,000 tan karbon dioksida setahun
Sistem penyejukan berpusat yang dilaksanakan sejak 1999 itu, digunakan di lebih 46 bangunan di Cyberjaya setakat ini.
Ireland pertimbang musnahkan 200,000 lembu untuk tangani perubahan iklim
Sebanyak 200,000 ekor lembu akan dimusnahkan di Ireland dalam tempoh tiga tahun akan datang dalam usaha mencapai matlamat iklim dan memerangi pemanasan global.
Perkasa kolaborasi sains, tangani ancaman bersama - Pakar
Dalam ZGC 2023, para peserta berbincang secara mendalam tentang kaedah untuk memperluas pertukaran serta kerjasama sains dan teknologi antarabangsa.
Pelepasan karbon dikurangkan sebanyak 45 peratus sejak 2015 - Apple
Apple menjelaskan bahawa pihaknya sedang membuat kemajuan ke arah menjadikan setiap produk neutral karbon menjelang 2030 dan ia telah mencapai matlamat ini menerusi operasi korporat globalnya.
TNB dan PLUS berkolaborasi pastikan pengurangan pelepasan karbon di lebuh raya PLUS
Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dalam memastikan pengurangan pelepasan karbon di lebuh raya PLUS melalui tiga inisiatif kelestarian.
TM jangka pertumbuhan perolehan kekal kukuh pada tahun kewangan 2022
Pendapatan sebelum faedah dan cukai kumpulan diunjurkan lebih RM1.80 bilion tahun ini, didorong tiga jenis perniagaan.