SELEPAS perbincangannya bersama pihak pengurusan Perak FC gagal memberikannya kepuasan hati, Kenny Pallraj mengambil keputusan untuk angkat kaki daripada pasukan itu.
Biarpun dengan penuh rasa berat hati, anak jati Perak berkenaan terpaksa meninggalkan pasukan kesayangannya itu demi kebaikan bersama dan bagi meneruskannya karier bola sepaknya bersama pasukan baru, Kuala Lumpur City FC.
Kenny menjadi saksikan keretakan yang berlaku dalam skuad The Bos Gaurus itu.
Menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku, pemain yang sudah bersama Perak sejak 2016 itu memberanikan diri untuk bersuara dan memohon penjelasan daripada pihak pengurusan.
Segalanya bermula daripada kegagalan Perak FC melunaskan tunggakan gaji pemain, yang dilaporkan selama tiga bulan, dan ia semakin parah apabila mula ada pemain yang bertindak meninggalkan pasukan itu.
Pada ketika kemelut itu, ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak, menunjukkan minat yang mendalam untuk mendapatkan Kenny, yang berasa lebih dihargai dan bersedia untuk membantu skuad Warga Kota itu bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.
"Apabila pada suatu hari itu kami mempunyai perjumpaan dengan pihak pengurusan, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa tetapi apabila saya mendapatkan jawapan mengenai persoalan saya daripada mereka, saya tidak gembira dengan jawapan mereka kerana jawapan itu tidak dapat memberikan saya semangat dan yakin bahawa masalah ini tidak akan berulang lagi," katanya dengan nada kecewa kepada Nadi Arena.
"Jadi saya mengambil keputusan untuk keluar. Selepas itu, saya mula berhubung dengan pasukan lain.
"Selepas itu, apabila pasukan Kuala Lumpur tampil menjelaskan misi dan visi mereka serta apa yang sedang dirancang mereka, saya menjadi berminat.
"Kemudian, apabila jurulatih mereka sendiri menghubungi saya, saya menjadi bertambah berminat kerana saya lebih gemar menjadi pemain kepercayaan jurulatih.
"Jadi apabila jurulatih mereka sendiri menghubungi saya, saya berasa amat dihargai kerana dia menyedari kualiti saya dan saya memilih untuk menyertai mereka," katanya.
Astro Arena
Tue May 11 2021
Kenny (gambar) yang sudah bersama Perak sejak 2016 itu memberanikan diri untuk bersuara dan memohon penjelasan daripada pihak pengurusan. - Foto Astro ARENA
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Kenny dengan penuh kecewa tinggalkan Perak FC
Anak jati Perak itu terpaksa meninggalkan pasukan kesayangannya itu demi kebaikan bersama dan bagi meneruskannya karier bola sepaknya bersama pasukan baru, Kuala Lumpur City FC.