IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak pernah terlintas untuk bersikap kejam kepada atlet sehingga perlu melaksanakan pemotongan dan penyusunan semula elaun mereka.
Sebaliknya, KBS tegas Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sentiasa mencari jalan terbaik untuk membantu atlet mengikut kemampuan kewangan yang ada.
Menurut Ahmad Faizal, KBS cuba bertindak sebagai ‘ibu bapa’ yang bertanggungjawab terhadap para atlet.
“Kami (KBS) bukan ‘bapa tiri’, bukan ‘emak tiri’, kami cuba bertindak sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, berbelanja mengikut kemampuan kerana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita perlu meletakkan keutamaan kepada perkara-perkara yang lebih utama.
“Kami cuba lakukan yang terbaik. (Cuba) anda bayangkan agak-agaknya saya sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru lima bulan (berkhidmat), (mustahil) saya nak tengok atlet tiba-tiba tak ada (elaun). Kalau boleh saya nak tambah lagi (elaun),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pecah tanah projek naik taraf sebahagian Jalan Tambun di Dewan Badminton X - Treme Park, Bandar Sunway, Tambun di sini, pada Isnin.
Sehubungan itu, Ahmad Faizal berharap rakyat memahami kekangan yang dihadapi dan tidak lagi mengecam tindakan kementerian.
Ahmad Faizal turut memberi jaminan akan membuat yang terbaik untuk menjaga kebajikan para atlet yang banyak menyumbang kepada negara, termasuk mereka yang tercedera dan bekas-bekas atlet.
Dalam masa sama, beliau berkata, KBS akan mencari jalan bagi membolehkan atlet-atlet diserap di mana-mana agensi di samping syarikat-syarikat korporat seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.
Sejak kebelakangan ini, KBS, khususnya Ahmad Faizal menjadi sasaran kecaman pelbagai pihak termasuk netizen ekoran langkah pemotongan elaun atlet yang dilaksanakan.
Selain pemotongan elaun, Majlis Sukan Negara (MSN) turut menggugurkan 144 atlet daripada program latihan kebangsaan kerana bajet yang diterima dikurangkan dalam usaha kerajaan memberi keutamaan kepada pasca COVID-19 dan bencana banjir yang melanda beberapa negeri.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jan 10 2022
Menurut Ahmad Faizal, KBS cuba bertindak sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap para atlet dengan berbelanja mengikut kemampuan. - Gambar fail BERNAMA
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
"Kementerian Belia dan Sukan bukan 'emak tiri', kami belanja ikut kemampuan" - Menteri jelas isu potongan elaun atlet
Menurut Ahmad Faizal Azumu, KBS sentiasa mencari jalan terbaik untuk membantu atlet mengikut kemampuan kewangan yang ada.