HARAPAN Manchester City untuk mencipta sejarah dengan empat gelaran atau quadruple musim ini terus menyala apabila berjaya meloloskan diri ke pusingan separuh akhir Piala FA.
City berjaya menidakkan dua gol awal Swansea untuk menang 3-2, namun ia dipalit kontroversi apabila keberadaan dan peranan sistem pengadilan bantuan video (VAR) dipersoalkan.
Barisan pilihan Pep Guardiola tersentak apabila Matt Grimes dan Bersant Celina meletakkan Swansea di depan pada minit ke-20 dan 29.
Bagaimanapun tidak mudah menyerah kalah, City bangkit pada separuh masa kedua bermula dengan Bernardo Silva.
Tuah seterusnya menyebelahi mereka apabila dianugerahkan penalti selepas Raheem Sterling jatuh dengan sentuhan minimal daripada pertahanan Cameron Carter-Vickers.
Sepakan penalti Sergio Aguera menghentam tiang sebelum mengenai kaki penjaga gol Kristoffer Nordfeldt lalu masuk ke gawang untuk gol penyamaan.
Penyerang Argentina itu kemudian melengkapkan kebangkitan dua minit sebelum masa permainan tamat dengan meledak gol kemenangan sekaligus meremukkan hati penyokong tuan rumah.
Aguero dilihat berada pada kedudukan ofsaid namun pengadil dan penjaga garisan seakan tidak melihatnya, malah tidak memanggil bantuan video untuk rujukan semula.
VAR ada, tetapi entah kenapa Persatuan Bola Sepak England (FA) memutuskan untuk tidak menggunakannya di Stadium Liberty walaupun ia dilaksanakan pada perlawanan suku akhir Piala FA yang lain.
Ternyata ia mengundang reaksi negatif segenap pihak yang melihat City tidak selayaknya menang dan Swansea terpaksa menelan kekalahan yang tidak sepatutnya berlaku.
Bagaimanapun Guardiola selepas perlawanan ‘memohon maaf’ atas kesulitan yang memanfaatkan pasukannya itu.
“Anda perlu tanya pihak berkuasa mengapa VAR tiada di sini.
“Semua tempat lain ada tetapi tidak di sini. Jika ia bukan penalti dan ianya ofsaid, saya minta maaf. Saya tidak suka memenangi perlawanan apabila keputusan dibuat dengan tidak betul. Ia bukan mudah,” katanya.
Israr Khalid
Sun Mar 17 2019
Sergio Aguero dilihat ofsaid terleih dahulu sebelum meledak gol kemenangan City. - Gambar REUTERS
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Sandro Tonali terus terpalit dengan isu pertaruhan
Tonali didakwa telah melanggar peraturan FA E8 sebanyak 50 kali dengan membuat pertaruhan pada perlawanan antara 12 Ogos dan 12 Okt 2023.
City didenda RM713,000 kerana kepung pengadil
Persatuan Bola Sepak (FA) England telah mendenda City selepas mereka mengakui pemain mereka berkelakuan tidak wajar.
City didakwa kerana kepung pengadil
Manchester City mempunyai masa sehingga Khamis, 7 Disember untuk menjawab pertuduhan itu.
Wolves didenda kerana laungan berbaur LGBT
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikenakan denda enam angka dan selain berdepan tindakan lanjutan oleh FA.
Digantung satu perlawanan, Tuchel terlepas aksi Chelsea-Leicester City
Kedua-duanya berselisih faham semasa perlawanan sebelum Tuchel menarik Conte ke arahnya semasa berjabat tangan selepas perlawanan.
COVID-19: FA akan tentukan status perlawanan Aston Villa-Liverpool
Villa mengumumkan semalam mereka terpaksa menutup Pusat Latihan Bodymoor Health selepas "peningkatan membimbangkan jangkitan COVID-19" di kelab itu.
Pahang, Melaka diberi lesen kelab kebangsaan bersyarat
Tiga daripada lapan pasukan Liga Premier 2020 telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi dalam saingan Liga Premier atau Super musim depan, jika layak.
Maguire digugurkan skuad England selepas didapati bersalah
Pasukan pembelaan menuduh anggota polis melakukan kekejaman dan tidak melakukan tugas mereka dengan betul.
COVID-19: Perlawanan sosial remehkan SOP boleh pengaruhi Liga-M
Dijalankan mengikut norma baru, segelintir peserta bagaimanapun dikatakan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Liga Perdana Inggeris (EPL) ditangguhkan sehingga 4 April
Penangguhan sehingga 4 April itu dibuat selepas pengendali Arsenal, Mikel Arteta dan pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi sah dijangkiti COVID-19.