Kemenangan besar 6-0 ke atas Sri Lanka pada aksi persahabatan antarabangsa malam Sabtu, membantu meningkatkan keyakinan dan mental pemain tetapi tidak menjadi pengukur untuk bertemu Vietnam.
Tonggak pertahanan skuad Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak mengingatkan rakan sepasukannya bahawa kemampuan Vietnam yang menduduki ranking ke-99 itu, jauh lebih baik berbanding Sri Lanka.
Pemain berusia 32 tahun itu bagaimanapun berjanji untuk mengawal benteng pertahanan negara sebaik mungkin bagi mengelak dibolosi ketika aksi Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium My Dinh, Hanoi pada Khamis ini.
"Misi kita dah set mental rakan-rakan yang kita tak mahu kalah lagi, kerana kita dah cukup dengan kekalahan sebelum ini. Bukan senang untuk berlawan di gelanggang mereka, fokus kita adalah untuk cuba cari gol seawal mungkin.
"Sebagai pemain pertahanan, saya akan cuba bertahan dengan sebaik yang mungkin. Vietnam ada pemain yang memang bagus, jadi saya sebagai pemain pertahanan, saya fokus supaya tidak dibolosi dan tidak beri peluang kepada mereka jaringkan gol," katanya kepada pemberita.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memuji rakan sepasukannya yang telah beraksi dengan baik, dengan peningkatan di jentera serangan, berbanding ketika bertemu Vietnam pada Kejohanan Piala AFF pada tahun lepas.
"Kita lebih laju dan banyak simpan bola, tak tergopoh-gopoh untuk hilang bola. Itu antara peningkatan yang saya lihat," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang sebelum ini bimbang dengan jentera pertahanan negara yang bolos sebanyak lima kali dalam tiga aksi sebelum bertemu Sri Lanka, yakin Aidil boleh memberi tunjuk ajar kepada pemain muda.
"Dengan adanya pemain berpengalaman seperti Aidil, beliau boleh memberi tunjuk ajar kepada pemain muda. Fokus kita pada perlawanan malam tadi ialah untuk menyerang pada masa yang sama bertahan dengan baik," katanya.
Gawang negara dibolosi lima kali dalam tiga perlawanan sebelum ini, iaitu apabila tewas tipis 0-1 kepada Jordan, kemenangan 3-2 ke atas Indonesia dan kekalahan tipis 1-2 menentang UAE itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 06 2019

Aidil mengingatkan rakan sepasukannya bahawa kemampuan Vietnam yang menduduki ranking ke-99 itu, jauh lebih baik berbanding Sri Lanka. - Bernama

Institusi pondok rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam – Saifuddin Nasution
Institusi pondok memiliki kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama dengan KDN dan PDRM.
AWANI Pagi: Strategi Pengurusan Emosi Ketika Berpuasa
Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bertujuan mengawal emosi dan minda. Justeru bagaimana kita boleh memastikan emosi berada pada tahap yang baik sepanjang Ramadan agar tetap produktif dan tenang dalam menghadapi setiap cabaran? Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
[Data & Statistik] Pemerkasaan Wanita Dalam Domain Terpilih, Malaysia, 2024
Indeks jurang gender Malaysia merekodkan skor 0.705 dengan dua sub-indeks kekal tinggi, pencapaian pendidikan 1.071 dan kesihatan & kehidupan 0.956

AS bincang dengan empat kumpulan berbeza mengenai penjualan TikTok - Trump
TikTok berdepan larangan jika perniagaannya di AS tidak dijual kepada pembeli Amerika sebelum 5 April.
OPR 2025: Ke mana Hala Tuju? Temubual Eksklusif Bersama Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, membincangkan trend OPR Malaysia pada tahun 2025, faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan OPR, dan bagaimana ketidakpastian dasar Trump boleh mempengaruhi ekonomi Malaysia.

Anggota polis maut motosikal bertembung dengan lori
Mangsa berusia 33 tahun yang bertugas di Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Amerika bukan Kanada" - Mark Carney bidas ancaman AS
"Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika dalam apa jua bentuk."

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 4,122 orang pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

EPL: Chelsea tendang Manchester City ke tangga kelima
Gol tunggal Marc Cucurella jadi pemisah buat kedua-dua pasukan, namun persembahan The Blues secara keseluruhan jauh daripada meyakinkan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
- Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja
- Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN
- KPM larang gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
- Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja
- Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN
- KPM larang gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina

Kemenangan besar ke atas Sri Lanka bukan pengukur - Aidil Zafuan
Aidil mengingatkan rakan sepasukannya bahawa kemampuan Vietnam yang menduduki ranking ke-99 itu, jauh lebih baik berbanding Sri Lanka.