Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal positif skuad The Red Giants mampu menduduki tiga tangga teratas apabila saingan Liga Super menutup tirai musim 2016/2017 biarpun badan induk sukan bola sepak negeri mengalami kemelut kewangan.
Beliau berkata berdasarkan prestasi semasa, rentak cemerlang skuad Selangor tidak terjejas walaupun kerajaan negeri masih belum memberi maklum balas ke atas permohonan dana RM5 juta kepada pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) sehingga hujung musim ini.
"Setakat ini saya belum terima jawapan, walaupun exco sukan kata tidak tahu (mengenai permohonan) kita sudah hantar sekali lagi. Tapi saya rasa jawapannya tetap 'tidak'.
"Kalau hendak swasta sepenuhnya pun, bagilah masa sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun. Ini tidak, dari RM23 juta, langsung kosong (tanpa peruntukan).
"Mungkin tanggapan mereka kita akan hancur dan tersungkur tapi kita masih lagi berdiri teguh dan Selangor kini di tangga keempat liga. Kita mungkin berada di tiga teratas. Ini bukti pengurusan yang disukai pemain," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Subahan turut menegaskan bahawa pelantikan beliau telah dipersetujui oleh 95 anggota gabungan yang yakin dengan kepimpinan dan latar belakang bola sepak yang dimilikinya untuk memimpin FAS supaya tidak tenggelam dalam saingan Liga-M.
"Bila saya memimpin FAS, saya tahu apa saya perlu buat," katanya.
Pada Isnin lepas, presiden FAS sekali lagi memohon kepada kerajaan negeri Selangor untuk memperuntukkan sebanyak RM5 juta kepada persatuan bagi pembangunan bola sepak di negeri itu.
Katanya peruntukkan itu bagi melengkapkan bajet RM15 juta yang perlu dilaburkan untuk pasukan bola sepak musim ini.
Sementara itu Subahan yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada kini sedang giat melakukan pemantauan dan pemilihan pemain bagi persediaan menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong pada 5 Sept depan.
Katanya sebagai persiapan, skuad kebangsaan akan melalui tiga aksi persahabatan menentang Syria pada 22 Ogos di Stadium Hang Jebat, Melaka sebelum berdepan pasukan Macau di tempat lawan pada 25 Ogos dan ke Yangon untuk menentang Myanmar pada 29 Ogos.
"Vingada dalam proses pilih pemain, mungkin ada yang baharu untuk diserap masuk. Sekarang ini beliau selalu berjalan untuk pantau pemain dalam saingan Liga-M dan beliau akan maklumkan sendiri pemain yang dipilih kemudiannya.
"Aksi persahabatan dengan Syria dan kelayakan Piala Asia lawan Hong Kong akan diadakan di Melaka sebab kita hendak bagi peluang penyokong di negeri lain juga menyaksikan perlawanan antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2017

SUBAHAN: Kalau hendak swasta sepenuhnya pun, bagilah masa sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun.

White House rancang perubahan akses media ke atas Presiden Trump
Pasukan media White House akan tentukan wartawan mana yang akan dibenarkan dekat dengan Presiden sepanjang masa.

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) Tahun 1446H/2025M akan diadakan pada 27 April hingga 2 Mei ini di Perlis.

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

MTCDP sokong pertumbuhan 348 MTC sehingga kini - MATRADE
MATRADE berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 MTC daripada pelbagai sektor melalui MTCDP sehingga kini.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.