Kem Latihan Pusat Program Road To Tokyo (RTT) 2020 di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil, di sini yang sepatutnya bermula pada 1 Jun ini, ditunda kepada 8 Jun.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pindaan berkenaan adalah bagi membolehkan Casa 1 yang akan digunakan sebagai penginapan rasmi, menjalani proses nyah kuman setelah ia digunakan sebagai salah satu Pusat Kuarantin COVID-19 oleh pihak Majlis Keselamatan Negara yang berakhir semalam.
Ahmad Shapawi memaklumkan ia selaras dengan saranan daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya skuad badminton dan skuad pelayaran negara pula tetap akan memulakan latihan persiapan RTT mengikut tarikh asal iaitu pada 1 Jun ini masing-masing di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara dan Pusat Latihan Perahu Layar di Langkawi.
"Semua yang terlibat dengan Kem Latihan Pusat ini akan menjalani beberapa proses saringan sebaik melapor diri seperti menjalani ujian swab pada hari pertama pendaftaran, menjalani kuarantin kendiri di bilik penginapan dari hari pertama sehingga keputusan ujian diperoleh pada hari kedua atau ketiga selepas ujian.
"Ketiga ialah menjalani ujian swab pada hari kelima (prasimptom) dan ujian swab hari ke-13 (tanpa simptom)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ahmad Shapawi berkata hanya 207 orang melibatkan atlet, jurulatih, atlet sparing, pengurus sukan, anggota sokongan serta pegawai khidmat sokongan sains dan perubatan sukan akan terlibat dalam Kem Latihan Pusat itu berbanding jangkaan asal iaitu 265 orang, yang termasuk anggota sokongan (anggota keselamatan, pembersihan dan pemandu) seramai 52 orang bagi menyediakan perkhidmatan secara berkala dari luar kem berkenaan.
Beliau berkata dua atlet para negara dari Sabah, iaitu Brenda Anelia Larry (para renang) dan Wong Kar Gee (para olahraga) serta tiga jurulatih paralimpik, diberi pengecualian untuk meneruskan latihan bersendirian di negeri berkenaan kerana keadaan mereka yang memerlukan perhatian sepenuh masa daripada keluarga, serta boleh menjalani latihan spesifik mengikut sukan masing-masing.
Ahmad Shapawi mendedahkan seorang atlet para menembak telah menarik diri daripada program RTT kerana ranking semasa tidak meletakkannya dalam kedudukan terbaik untuk meraih slot ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Sebanyak 146 orang atlet dan pegawai sukan serta anggota sukan akan diletakkan di Bandar Sukan Kuala Lumpur, dan sukan-sukan terlibat adalah akuatik (terjun dan renang), gimnastik (artistik), memanah dan karate.
Atlet paralimpik yang terlibat dengan kem latihan RTT di Bukit Jalil pula melibatkan sukan renang, memanah, berbasikal, olahraga, badminton, boccia, powerlifting, ping pong dan tenis berkerusi roda.
Sejumlah 37 orang termasuk sembilan atlet (lapan atlet normal dan satu atlet para) di bawah Program RTT akan terlibat dengan kem latihan di Akademi Badminton Malaysia, manakala 24 orang terdiri daripada atlet, jurulatih dan anggota sokongan akan terlibat dengan kem latihan di Pusat Latihan Perahu Layar, Langkawi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 27 2020
Semua yang terlibat dengan Kem Latihan Pusat RTT di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil akan menjalani beberapa proses saringan sebaik melapor diri. - Astro ARENA/Gambar fail
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan
Pihak MSN terharu apabila karnival yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, daripada semua negeri.
MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi
Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu.
Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi
Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.
Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan
Ahmad Shapawi berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem.
Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.
Atlet paralimpik mampu hasilkan keputusan luar biasa di Paris
Keyakinan itu hadir berdasarkan pencapaian dan prestasi kontinjen para negara dalam dua temasya di Rio 2016 dan Tokyo 2020 sebelum ini.