Kerajaan Perak menerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) menyerahkan pampasan insurans berjumlah RM40,710 kepada Chong Choi Kim iaitu ibu kepada gimnas negeri, mendiang Lim Wei Yao di rumahnya di Taman Long Jaafar di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata pampasan insurans itu sebagai tanda simpati kerajaan negeri terhadap mendiang yang meninggal dunia semasa menjalani latihan gimnastik.
"Pampasan insurans ini dapat meringankan beban anggota keluarga mangsa yang kehilangan anak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan.
Wei Yao meninggal dunia setelah terjatuh ketika menjalani latihan gimnastik di Dewan Gimnastik Artistik di Sekolah Kebangsaan King Edward VII (2) di sini, 6 Mei, tahun lepas.
Ekoran kejadian itu, mendiang yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ridwan di sini, mengalami kecederaan di bahagian belakang leher dan meninggal dunia di Hospital Taiping pada hari yang sama.
Sementara itu, ibu mendiang, Chong, 45, berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian wang itu dan akan menggunakannya untuk membiayai persekolahan anak-anaknya yang masih bersekolah.
Beliau berkata mendiang yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik meminati sukan gimnastik sejak berumur 12 tahun.
"Anak saya suka tolong keluarga dan saya reda dengan kejadian itu dan menganggap ia sebagai takdir," katanya.
Jurulatih gimnastik negeri, Jasrizal Saad pula berkata mendiang seorang yang rajin ketika menjalani latihan dan mempunyai bakat dalam gimnastik.
"Dia mula menjalani latihan gimnastik sejak 2008 dan pernah mewakili negeri di beberapa kejohanan termasuk kejohanan gimnastik Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Pahang pada 2014," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2017

Kerajaan Perak menerusi MSN menyerahkan pampasan insurans kepada Chong Choi Kim iaitu ibu kepada gimnas negeri, mendiang Lim Wei Yao. - fotoBERNAMA

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Keluarga mendiang gimnas Wei Yao terima pampasan
Kerajaan Perak menerusi MSN menyerahkan pampasan insurans berjumlah RM40,710 kepada Chong Choi Kim iaitu ibu kepada gimnas negeri, mendiang Lim Wei Yao di rumahnya di Taman Long Jaafar.