Suasana sedih menyelubungi kediaman keluarga kekasih Oscar Pistorius, meratapi permergian mangsa, Reeva Steenkamp yang dianggap pergi secara tiba-tiba.

Di kalangan keluarga Reeva, rata-ratanya tidak dapat menerima kenyataan bahawa mangsa menemui ajal begitu cepat.

Banyak jambangan bunga dihadiahkan dari orang ramai bagi memperingati mangsa.

Sementara itu, bapa saudara Reeva, Mike Steenkamp mengimbas semula bagaimana mangsa meninggal dunia tanpa mencapai cita-citanya dalam dunia peragaan.

Ketika ini, Oscar Pistorius yang juga dikenali sebagai "Blade Runner" ditahan bagi didakwa membunuh kekasihnya itu.

Namun polis juga tidak menolak kemungkinan terdapat suspek lain dalam kejadian tersebut.

Prosiding mahkamah sepatutnya berlangsung Khamis ditangguhkan sehingga Jumaat bagi memberikan penyiasat forensik menyelesaikan tugas mereka.