KEPUTUSAN Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk menunda perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2023 hanya akan bergantung kepada situasi semasa pandemik COVID-19 dan bukannya berdasarkan suara majoriti, kata setiausaha agung badan induk itu, Datuk Windsor John.
Ia sekali gus berpotensi mendatangkan risiko buat skuad kebangsaan, yang tidak melakukan sebarang persiapan sepanjang setahun ini.
Jika tidak ditunda, perlawanan pusingan kelayakan itu akan diadakan pada bulan depan dan bukannya Jun depan.
Dalam satu temu bual Nadi Arena, Windsor berkata: "Kami akan membuat keputusan mengikut situasi semasa kerana hak untuk bermain di bawah pasukan masing-masing sudahpun dibincangkan dan diputuskan.
"Jadi, untuk menarik balik hak pasukan tuan rumah, ia harus dilakukan mengikut situasi pandemik dan bukannya suara majoriti.
"Banyak aspek yang akan diambil kira dan salah satunya adalah keadaan pandemik di negara pasukan yang bertanding.
"Contohnya jika ada lima pasukan, ia tentang keadaan di kelima-lima negara.
"Yang kedua pula adalah pembukaan sempadan sama ada ia boleh dibuka atau tidak. Jika tidak, ia pasti menjadi satu masalah.
"Selain itu, ia juga melibatkan keadaan penerbangan setiap pasukan kerana bukan semua pasukan boleh menggunakan penerbangan persendirian, masih banyak pasukan yang menggunakan penerbangan awam," katanya.
Astro Arena
Fri Feb 05 2021
WINDSOR: Kami akan membuat keputusan mengikut situasi semasa kerana hak untuk bermain di bawah pasukan masing-masing sudahpun dibincangkan dan diputuskan.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Tiada masalah jika Harimau Malaya 'bergerak sendiri' - AFC
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak melihat sebarang masalah sekiranya Harimau Malaya 'bergerak sendiri' pada masa depan.
Piala Asia 2023 bakal pecah rekod penyiaran terbesar dalam sejarah kejohanan
Saingan Piala Asia Qatar 2023 bakal memecah rekod penyiaran terbesar dalam sejarah sejak kejohanan itu bermula.
Final Piala AFC: Pertukaran venue demi prestij kejohanan - AFC
Jelas Windsor, pemilihan venue itu bukanlah keputusan daripada pihak AFC, sebaliknya ia diputuskan oleh KL City.
Tuan rumah Piala AFC perlu penuhi kriteria
Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John sekali lagi bertegas bahawa tiada pembatalan dibincangkan.
Kelayakan Piala Asia: Penundaan bergantung situasi pandemik, bukan suara majoriti
Ia sekali gus berpotensi mendatangkan risiko buat skuad kebangsaan, yang tidak melakukan sebarang persiapan sepanjang setahun ini.
Kelayakan Piala Dunia: Format gelembung sukan jadi pilihan
Dengan peningkatan mendadak kes COVID-19, aksi kelayakan hampir pasti diadakan secara berpusat.
Saingan domestik atau pentas Asia?
JDT muncul wakil tunggal Malaysia yang membawa cabaran dalam ACL.