PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat kebenaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membida sebagai tuan rumah pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 dijadual berlangsung pada Jun 2022.
Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata badan induk itu amat menghargai 'lampu hijau' diberikan KBS, sambil menyatakan penganjuran saingan kelayakan tersebut akan memberi kelebihan kepada skuad kebangsaan apabila dapat beraksi di laman sendiri.
Mengenai pembidaan itu, Mohd Saifuddin berkata FAM perlu menunggu hingga Februari tahun depan berikutan proses bidaan hanya dibuka selepas majlis undian kumpulan saingan kelayakan tersebut.
"Kita kena tunggu sampai Februari selepas kita tahu kita dimasukkan ke kumpulan mana, jadi daripada kumpulan itu baru kita tahu sama ada hanya Malaysia membida atau pun ada negara lain turut membida.
"...dan persiapan fasa kedua yang kita buat sekarang ini adalah mengenal pasti venue, hotel dan padang-padang latihan serta memastikan semua kemudahan itu boleh mengikut SOP (prosedur operasi standard)," katanya ketika ditemui media di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini hari ini.
Sebelum ini, harapan peminat bola sepak untuk menyaksikan Malaysia menjadi satu daripada enam venue pusingan ketiga kelayakan itu dilihat tipis selepas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilapor berkata kerajaan mengutamakan kepada usaha pemulihan ekonomi negara pasca-pandemik COVID-19 berbanding mengeluarkan dana untuk kos penganjuran pusingan kelayakan itu.
Bagaimanapun, Mohd Saifuddin berkata pembidaan itu tidak melibatkan penggunaan dana kerajaan, sebaliknya segala kos akan ditanggung FAM.
"Ia adalah daripada usaha FAM sendiri, pembidaan ini bukan hanya untuk kebaikan pasukan tetapi kalau lihat sekarang ekonomi juga telah dibuka, jadi kalau katakan pelancong datang untuk melihat bola sepak, mereka akan berbelanja di Malaysia dan menaikkan ekonomi kita," katanya.
Skuad kebangsaan kendalian Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe kini dalam misi melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas kali terakhir beraksi di kejohanan itu ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007.
Namun, sudah lebih 40 tahun Malaysia gagal meraih slot automatik Piala Asia sejak edisi 1980 di Kuwait.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021

Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata badan induk itu amat menghargai 'lampu hijau' diberikan KBS. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kelayakan Piala Asia 2022: KBS beri lampu hijau FAM bida jadi tuan rumah
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat kebenaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membida sebagai tuan rumah pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 dijadual berlangsung pada Jun 2022.