Selepas mengharungi musim mengecewakan dalam saingan Liga Malaysia, Kelantan berazam untuk mengembalikan maruah di pentas Piala Malaysia. Kelantan juara pada edisi 2011 dan 2012 gagal mencabar kejuaraan Liga Super musim ini yang jadi miliki Johor DT.

Bukan sahaja sekadar menamatkan kempen kesembilan, Kelantan juga terpaksa berputih mata apabila menyerahkan Piala FA kepada Lions XII.

Kekecewaan menjadi motivasi untuk The Red Warriors menjelang saingan Piala Malaysia yang akan membuka tirai 11 September ini.

"Saya rasa Kelantan mampu pergi jauh dalam Piala Malaysia, dan kami akan terus mempersiapkan strategi kami menjelang perlawanan akan datang," katanya.

Wan Zaharulnizam Zakaria pastinya lebih idamkan kejayaan di pentas Piala Malaysia susulan kegagalan dia mendapat tempat dalam skuad kebangsaan.

Dia tahu hanya aksi baik bersama The Red Warriors akan menjadi kelebihan untuk menambat hati pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh.

"Saya agak kecewa kerana tidak terpilih untuk menyertai pasukan Dollah Salleh, saya akan terus memberikan yang terbaik buat The Red Warriors dan mungkin rezeki saya sertai pasukan Malaysia di masa akan datang," kata Wan Zaharulnizam .