Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia dicemari insiden kekecohan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil sebaik perlawanan tamat.
Kekecohan berlaku di hadapan Pintu Masuk E, memaksa Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan di kawasan tersebut.
Ketika ini, masih terdapat sebahagian penyokong Indonesia berada di dalam stadium kerana mahu mengelak konfrontasi dengan penyokong Malaysia yang berada di luar stadium.
BACA: Suar dibakar sebaik jaringan gol pertama Malaysia
BACA: Harimau Malaya benamkan Garuda
Insiden tersebut dipercayai rentetan daripada tindakan penyokong dari Indonesia yang bertindak membaling suar di dalam stadium ketika Malaysia berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-30.
Tinjauan Astro AWANI mendapati beberapa penyokong turut ditahan oleh pasukan FRU.
Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai penahanan tersebut belum disahkan oleh pihak berkuasa.
Pada perlawanan malam ini, Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia, 2-0.
Hasimi Muhamad
Tue Nov 19 2019

Kekecohan berlaku di hadapan Pintu Masuk E, memaksa Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan di kawasan tersebut. - Astro AWANI/Hasimi Muhamad
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Khidmat Unit Anjing Pengesan FRU diaktifkan tahun depan
Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) yang akan digunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi penugasan di kawasan rusuhan bakal dilaksanakan awal tahun depan.

FRU akan guna khidmat anjing pengesan K9 di kawasan rusuhan
FRU diberi kelulusan untuk mendapatkan 10 ekor anjing K9 atau 'anjing rusuhan' bertujuan mengawal ketenteraman.

Pasukan FRU tiba di LRT Bangsar, peserta mula berarak
Perhimpunan walau bagaimanapun berjalan tanpa sebarang insiden tidak diingini di bawah pemantauan anggota polis yang bertugas.

FRU turun padang, 'suraikan' lumpur banjir
FRU turun ke padang bukan untuk rusuhan, tapi untuk membantu mangsa banjir membersihkan tempat kediaman, premis perniagaan, serta rumah ibadah.

Mohd Mahiri dilantik Ketua Trafik Kedah baharu
Superintendan Mohd Mahiri Hussain dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kedah yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Saya tak takut dengan FRU, kezaliman... apatah lagi pimpinan dan perwakilan - Tian Chua
Veteran PKR itu mengkritik mereka yang menganggap kumpulan tidak sealiran sebagai pengkhianat.

41 penyokong Harimau Malaya, Garuda ditahan
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, pihaknya menahan 27 penyokong Malaysia dan 14 penyokong Indonesia selepas tamat perlawanan.

Kekecohan berlaku di luar stadium, beberapa individu ditahan
Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia dicemari insiden kekecohan di luar stadium sebaik perlawanan tamat.

Perhimpunan ICERD: 6 jalan utama ditutup
Polis akan memantau perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi ICERD yang akan diadakan di sepanjang Jalan Raja, pada Sabtu ini.

Suasana kembali tenang selepas tahap keselamatan dipertingkatkan
Lantaran tidak berkompromi soal ketenteraman awam apabila 1,400 anggota keselamatan termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), polis dan anggota trafik dikerahkan ke sekitar kawasan kuil Selasa malam.