ATLET paralimpik negara Ziyad Zolkefli akan menjadikan kejohanan Grand Prix Malaysia 2021 sebagai pentas pemanas badan.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio itu hanya mahu mendapatkan semula rentak lontarannya sebagai persediaan menuju ke Sukan Paralimpik Tokyo.

Setelah sekian lama tanpa sebarang kejohanan, Ziyad teruja untuk turun beraksi pada GP Malaysia 2021 yang akan berlangsung pada 10 dan 11 April ini.

Namun, pemegang rekod dunia para acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) itu tidak meletakkan sasaran yang tinggi.



 

Sebaliknya, dia hanya mensasarkan lontaran sekitar 16 meter.

Kali terakhir Ziyad turun beraksi adalah pada sesi ujian di Majlis Sukan Negara pada November tahun lalu, dengan melakukan lontaran 17.15 meter.