Kejayaan merangkul pingat emas pertama Kejohanan Siri Piala Dunia Gimnastik Artistik di Ljubljana, Slovenia menyuntik semangat gimnas negara, Tan Ing Yueh mengintai peluang ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Tan yang memenangi acara batang titian di Slovenia, Ahad lepas berkata bagi mengekalkan prestasi cemerlang dalam setiap kejohanan, beliau perlu lebih bekerja keras dan fokus untuk mencapai matlamat itu.
"Saya tidak sangka dapat menang pingat emas, saya juga tidak meletakkan sebarang sasaran kerana ramai gimnas yang layak ke Sukan Olimpik Rio turut beraksi di Slovenia.
"Selepas ini saya mahu meningkatkan tahap kesukaran dalam rutin persembahan untuk tampil lebih konsisten lagi. Sasaran utama saya memang untuk ke Olimpik Tokyo," katanya selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.
Tan yang juga merupakan pemenang dua pingat emas Sukan SEA Singapura berkata beliau dan dua rakannya iaitu Farah Ann Abdul Hadi dan Traicey Ang hanya berlatih di Bukit Jalil sahaja untuk persiapan sebelum beraksi di Slovenia.
"Kami banyak berlatih di Bukit Jalil. Ini diikuti satu kejohanan di Doha selain berlatih seminggu di sana sebelum menyertai pertandingan di Slovenia," katanya.
Selepas ini, gimnas berusia 20 tahun itu akan beraksi di Kejohanan Siri Piala Dunia Gimnastik Artistik Portugal pada Jun ini.
"Keyakinan diri memainkan peranan penting, saya hanya mahu cuba yang terbaik tanpa memikirkan saingan yang lain," kata Tan.
Turut meraih pingat emas adalah seorang lagi atlet negara, Tracie dalam acara senaman lantai.
Farah Ann pula merangkul pingat perak pertama Malaysia menerusi acara palang bertingkat pada kejohanan itu.
Kesemua anak didik ketua jurulatih Nataliya Sinkova itu menampilkan aksi mempesonakan selepas merangkul dua pingat emas dan satu perak pada kejohanan itu.
Bernama
Tue Apr 12 2016

Gimnas Negara Tan Ing Yueh menunjukkan pingat emas yang dimenanginya dalam acara Batang Titian pada Kejohanan Piala Dunia Gimnastik Artistik di Ljubljana, Slovenia, setibanya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Olimpik Paris 2024: Gimnas Jepun dihantar pulang kerana merokok
Miyata dilaporkan bakal berdepan sesi soal jawab oleh Persekutuan kebangsaan Jepun dan universitinya di Tokyo.

Sukan SEA Kemboja: Gimnas negara berdepan acara terhad
Ia memadam peluang kem kebangsaan dalam usaha meraih pingat, apatah lagi dengan kehadiran juara dunia daripada Filipina, Carlos Yulo.

Impian Chun Chen jadi kenyataan pada Sukma
Gimnas Pulau Pinang Ng Chun Chen boleh menarik nafas lega selepas merangkul pingat emas all-round individu lelaki pada Sukma ke 20.

Farah Ann ucap selamat tinggal pada gelanggang gimnastik, harap dapat curah khidmat
Persaraan atlet berusia 27 tahun itu diumumkan pada Sabtu menerusi Instagram.

Farah Ann sudah bersara daripada sukan gimnastik?
Ng Shu Wai berkata, Farah Ann sudah berhenti berlatih bersama skuad kebangsaan sejak dua minggu lalu.

Gimnastik: Sharul mampu ganti Jeremiah - Jurulatih
Walaupun Sharul mempunyai masa depan cerah, atlet kelahiran Terengganu itu masih perlu masa untuk memperbaiki diri.

Gimnas negara bersara awal
Dia menanggung kecederaan pergelangan tangan kirinya sejak April tahun lalu.

Tokyo 2020: Biles berdepan isu 'tekanan dalaman' ketika tarik diri
Biles mengesahkan dia menarik diri dengan 'masalah perubatan' berikutan persembahan yang kurang cemerlang dalam melombol.

Olimpik Tokyo: Farah Ann pasrah pendaratan awal kurang menjadi
Dalam senaman lantai pula, atlet berumur 27 tahun itu mengutip 12.333 sebelum meraih mata tertinggi dalam melombol yang merupakan aparatus terakhirnya dengan catatan 13.166 mata.

Siapa Oksana Chusovitina? Olimpik Tokyo pentas terakhir untuk gimnas 46 tahun ini
Usianya tiga kali lebih tua daripada majoriti atlet yang bertanding di Tokyo, tetapi Oksana Chusovitina bukan atlet biasa.