KEJAYAAN Wan Arif Wan Junaidi dan Haikal Nazri memenangi kejohanan senior mereka dalam Terbuka Austria membukti keberkesanan program remaja di bawah kendalian Datuk Misbun Sidek.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kini memiliki perancangan untuk memastikan gandingan itu tidak tenggelam di sebalik rentetan kisah dukacita bakat beregu lelaki Malaysia itu.
Perkembangan Arif-Haikal menerusi Program Tangkis Junior terbitan Astro Arena menyerlahkan permata beregu lelaki dimiliki Malaysia.
Dan kejayaan di Austria membuktikan mereka bakat yang mampu digilap untuk mengiringi perjuangan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang merupakan beregu lelaki nombor satu Malaysia.
Baru diserap ke skuad senior Mac lalu, Arif-Haikal menewaskan pemain berpengalaman seperti Mads Kolding dari Denmark yang pernah menghuni ranking nombor empat dunia dalam laluan muncul juara Ahad lalu.
"Saya mahu berkongsikan kejayaan ini bersama program remaja negara kerana mereka telah menampilkan permainan yang cemerlang dengan asas yang kukuh.
"Persembahan mereka kali bukan hanya cemerlang dalam aksi separuh akhir, namun dalam aksi separuh akhir ketika bertemu lawan yang berpengalaman," kata Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann.
BACA: Terbuka Austria: Pemain Malaysia kejutkan pilihan kejohanan di pusingan kedua
Dan Choong Hann turut menegaskan adalah satu kerugian untuk tidak mempercepatkan proses perkembangan mereka bersama skuad senior.
Antara perancangan awal untuk mereka memenuhi potensi secepat mungkin adalah dengan mempertaruhkan kudrat mereka untuk Sukan SEA Hanoi hujung tahun ini.
"Mereka masih lagi memiliki banyak kejohanan yang boleh disertai bagi mengilap lagi mutu permainan mereka dan berkemungkin Arif-Haikal akan menyertai saingan Sukan SEA bagi mempercepatkan pengalaman diperoleh sebelum beraksi di pentas lebih tinggi," katanya lagi.
Astro Arena
Wed Jun 02 2021
Baru diserap ke skuad senior Mac lalu, Arif-Haikal menewaskan pemain berpengalaman seperti Mads Kolding dari Denmark, yang pernah menghuni ranking nombor empat dunia, Ahad lalu. - Foto Astro ARENA
ESSCOM patahkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM870,000
ESSCOM menahan dua warga asing dan mematahkan cubaan menyeludup rokok membabitkan nilai anggaran selepas cukai sebanyak RM871,854.40.
Pantau Belanjawan: AI mengubah landskap kerjaya, apa nasib graduan?
Berdasarkan laporan Decoding Global Talent Report 2024: GenAI Edition, 79 peratus profesional Malaysia menjangkakan artificial intelligence (AI) akan mempengaruhi sebahagian besar kerjaya mereka, dengan 28 peratus bersedia menghadapi transformasi ini. Bersama Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM, Prof. Ts. Dr. Zuriati, membincangkan tentang masa depan graduan dalam era automasi dan AI ini dan bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri untuk kekal relevan.
Saham Nvidia menjunam 17 peratus, capai paras saham AS terendah 'angkara' DeepSeek
Saham Nvidia susut 17 peratus pada 27 Januari, menyebabkan nilai pasarannya berkurangan sebanyak AS$589 bilion.
Gabungan Peguam Negara saman Trump beku pembiayaan persekutuan
Tuntutan berkenaan adalah bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan serta-merta penguatkuasaan dasar OMB.
Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah
Khairul Fahmi turut beranggapan, Ong Kim Swee umpama seorang 'bapa' ketika di luar padang.
AWANI Pagi: OP Selamat 23: Tahun Baharu Cina 2025
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri membincangkan mengenai segalanya tentang trafik, Op Selamat dan usaha pihak polis menjaga keselamatan khususnya semasa musim perayaan.
E-Commerce: Tackling Malaysia’s logistics divide
CEO of Ninja Van Malaysia, Lin Zheng shares insights on tackling logistical bottlenecks, especially between Peninsular and East Malaysia, while driving innovation to transform the nation’s e-commerce landscape.
Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.
AWANI Ringkas: Selamat Tahun Baharu Cina
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.
Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.
BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.
BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.
BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.
Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.
Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.
Penghargaan Bin Shen buat BAM, pemain
Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menyifatkan tempoh empat tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.