Kehilangan beberapa pemain tonggak dalam kesebelasan utama ternyata memberi kesan buat Pahang untuk menyekat South China yang mencipta kemenangan menerusi jaringan tunggal dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di halaman sendiri malam tadi.
Pengendali skuad Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan berkata, memang tidak dinafikan ketiadaan beberapa pemain utama, tambah menyukarkan lagi pasukan dari pantai timur itu mencipta kejayaan.
"Ketiadaan mereka sedikit menjejaskan prestasi pasukan terutama pada bahagian serangan yang gagal menyempurnakan banyak peluang yang terhidang.
"Walaupun keseluruhan perlawanan berjaya dikuasai Pahang namun tiada tindakan penyudah yang sempurna dapat diatur oleh pemain," katanya kepada pemberita selepas mengharungi perlawanan yang berkesudahan Pahang 0 South China 1 di sini, malam tadi.
Pahang terpaksa merehatkan beberapa pemain utama iaitu Matias Ruben Conti, Dickson Nwakaeme dan Fauzi Roslan yang dibelenggu dengan masalah kecederaan selain Razman Roslan yang digantung perlawanan.
Namun, Zainal tetap memberi pujian kepada pemainnya yang telah menunjukkan komitmen dan bermain dengan kemampuan sepenuhnya.
Katanya, kebanyakan barisan pemain muda yang diturunkan malam tadi tidak mempunyai pengalaman bermain di peringkat antarabangsa dan kejohanan itu merupakan pengalaman pertama buat mereka.
Dalam pada itu, Zainal akan cuba memastikan baki perlawanan dalam Kumpulan G, akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan itu untuk mengorak langkah ke pusingan seterusnya.
Pada perlawanan pembukaan, Pahang menang tipis 3-2 ke atas kelab Myanmar, Yadanarbon FC di Stadium Mandalar Thiri, Myanmar pada Februari lepas sebelum seri tanpa jaringan Global FC di sini, Sabtu lepas.
Selepas tewas 1-0 dengan South China FC malam tadi, pasukan Pahang dijadual akan meneruskan kempen Piala AFC untuk menentang pasukan sama pada saingan timbal balik di Hong Kong, 15 April ini.
Kemudian skuad Tok Gajah itu, akan berdepan dengan Yadanarbon FC pada 29 April di halaman sendiri sebelum terbang ke Filipina untuk berdepan dengan Global FC pada 13 Mei.
Pahang kini mengumpul empat mata diikuti Yadanarbon FC (tiga mata) dan Global FC (satu mata) di belakang pendahulu Kumpulan G, South China (sembilan mata) selepas tiga perlawanan.
Astro Arena
Thu Mar 19 2015
ZAINAL: Ketiadaan mereka sedikit menjejaskan prestasi pasukan terutama pada bahagian serangan yang gagal menyempurnakan banyak peluang yang terhidang.
Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.
VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Malaysia kembali normal - Loke
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Linkedua kembali normal susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Elon Musk sertai kempen Trump di Butler
Calon presiden Parti Republikan Donald Trump pada Sabtu membawa bilionair teknologi Elon Musk ke pentas kempen pilihan raya ketika bekas presiden itu kembali ke Butler.
AWANI Ringkas: Lebih RM260 juta Projek Tebatan Banjir Sibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia
Shila memberitahu itu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.
Kerajaan Madani tidak lari dari landasan perlembagaan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana didakwa oleh pembangkang.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
AWANI Ringkas: Golongan elit fobia bahasa kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Fantastic Food Festival 7.0 by Kak Nab meriah, platform usahawan IKS bina 'branding' tersendiri
Penganjuran Fantastic Food Festival (FFF) 7.0 dengan kerjasama Yaya Empire Perfume menjadi satu sinergi terbaik untuk para usahawan memasarkan produk.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.