Mohd Faiz Subri yang mula bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, sudah pasti mengasah bakatnya sehingga membawa beliau ke bandar raya Zurich untuk menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.
Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada 2012.
Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain pertama dari Asia menerima anugerah tersebut.
Mohd Faiz melakukan jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Feb tahun lepas.
Jaringan luar biasa beliau itu, antara yang dianggap paling menarik sepanjang tahun lepas, telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Minat Mohd Faiz dalam bola sepak dipupuk seawal usianya lapan tahun dan impiannya untuk mewakili negeri tercapai pada usia 18 tahun apabila terpilih mewakili Kedah selama empat tahun pada saingan Piala Presiden.
Karier profesional selaku pemain bola sepaknya bermula pada 2010 setelah dipilih menyertai pasukan Perlis selama dua tahun bagi posisi pemain tengah sebelum berhijrah ke Pantai Timur bagi pasukan T-Team pada 2012, dan Kelantan (2013-2014).
Setelah enam tahun beraksi dalam Liga Malaysia, karier Mohd Faiz berada di kemuncak apabila beliau menyertai pasukan Pulau Pinang sejak 2015 sehingga kini.
Beliau pernah dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan pada 2012, 2013 dan 2015.
"Jika mahu berjaya dalam hidup kita perlu teruskan usaha, perbaiki kelemahan dan sentiasa merendah diri dalam apa jua keadaan," kata pemain yang dilahirkan di Ayer Hitam, Kedah pada 8 Nov, 1987 itu.
Beliau mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Hitam sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, kedua-duanya di Ayer Hitam dan seterus ke sekolah teknikal di Arau, Perlis.
Mohd Faiz mempunyai dua cahaya mata iaitu Akif Fayyadh berusia lima tahun dan Muhammad Aqil Zayyan, lapan bulan, hasil perkahwinan dengan Norzawanis Hashim, 29.
Dalam pada itu, rakan sekampungnya, Abu Bakar Zakaria, 37, tidak menyangka teman sepermainan sewaktu zaman remaja dahulu kini menjadi perhatian dunia dek jaringan menakjubkan tersebut.
"Saya memang tak sangka, dia boleh lakukan gol sepakan percuma yang melencong ke arah berlawanan sebelum menerjah gawang.
"Hati saya kuat menyatakan gol Mohd Faiz berpotensi diangkat sebagai pemenang Anugerah Puskas kali ini," kata Abu Bakar.
Berkongsi pandangan sama, rakan sepasukan, Mohamad Redzuan Suhaidi berkata jaringan Mohd Faiz menjadi motivasi buat dirinya serta pemain muda lain dalam skuad Harimau Kumbang untuk menempa nama seperti pemain itu.
"Fenomena yang melanda Mohd Faiz membuka mata semua pemain bahawa sesiapa sahaja boleh menyinar ke peringkat tertinggi dengan usaha berterusan," katanya.
Beliau mengakui Mohd Faiz seorang yang rajin berusaha termasuk berlatih bersendirian selepas tamat waktu latihan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2017
Fenomena yang melanda Mohd Faiz membuka mata semua pemain bahawa sesiapa sahaja boleh menyinar ke peringkat tertinggi dengan usaha berterusan. - Foto Bernama
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Agenda AWANI: MoU peruntukan pembangkang gagal: Apa selepas ini?
Selepas MoU peruntukan pembangkang ini gagal, apa langkah seterusnya untuk memastikan kestabilan politik dan ekonomi?
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Jumlah kumulatif kes MPOX (setakat 4 September 2024)
Untuk rekod, jumlah kumulatif global adalah sebanyak 103,898 kes. Asia dengan 5,403 kes.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Pencapaian Malaysia membanggakan, tapi jangan berpuas hati
Kerajaan tidak boleh berpuas hati walaupun kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan matlamat pembangunan mampan (SDG) agak baik berdasarkan 248 indikator yang digariskan.
Tingkatkan siap siaga hadapi segala kemungkinan
Ibu bapa pantau keadaan anak sepanjang cuti persekolahan, terutama melarang bermain air ketika banjir.
Gol Pawi bukan biasa-biasa
Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.
FIFA umum senarai finalis untuk anugerah pemain terbaik 2022
Karim Benzema, Lionel Messi dan Kylian Mbappe disahkan sebagai calon untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik 2022.
Nasib baik saya ambil sepakan itu - Tae-su
Gol gemilang pemain import dari Korea Selatan itu mencuri perhatian dunia sehingga ia turut dikongsikan FIFA dalam satu ciapan Twitter.
FAM calonkan gol Syahmi ke Anugerah Puskas FIFA 2019
FAM akan menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mencadangkan gol jaringan pemain berusia 21 itu dapat tersenarai sebagai salah satu calon anugerah berkenaan.
Kerajaan Pulau Pinang akan beri ganjaran kepada Mohd Faiz - Guan Eng
Kerajaan Pulau Pinang akan memberi ganjaran kepada Mohd Faiz Subri selepas beliau dinobat sebagai pemenang anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumum awal pagi tadi.
Kejayaan Faiz Subri jadi 'panadol' kepada prestasi bola sepak negara - Annuar Musa
Annuar Musa berharap kejayaan penyerang Pulau Pinang itu juga dapat menjadi suntikan semangat kepada pemain bola sepak tempatan lain.
Harap FIFA benar Faiz pakai pakaian tradisional Melayu pada majlis Anugerah Puskas - ISMMA
ISMMA berharap calon Anugerah Puskas, Mohd Faiz Subri dibenarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk memakai pakaian tradisional Melayu.
Pemenang Anugerah Puskas bersara daripada bola sepak untuk jadi 'gamer'
Wendell Lira ambil keputusan bersara pada usia 27 tahun, dan fokus untuk mencapai cita-cita baharunya sebagai 'gamer'.
Tiada jaminan buat gol sensasi Faiz Subri - FIFA
Badan dunia itu mengesahkan bahawa gol Faiz itu masih ada peluang untuk disenaraikan dalam 10 calon terakhir bagi anugerah berprestij jaringan gol terbaik dunia.
FAM akan calonkan 'jaringan ajaib' Faiz Subri bagi anugerah Puskas FIFA - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau difahamkan FAM akan membuat pencalonan itu kepada FIFA minggu depan.