Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) berharap calon Anugerah Puskas, Mohd Faiz Subri dibenarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk memakai pakaian tradisional Melayu ketika menghadiri majlis anugerah itu.
Pengerusi ISMMA Datuk Wira Prof Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata mengikut kod pakaian majlis itu, kesemua hadirin lelaki harus memakai pakaian kemas bersama tali leher warna gelap.
Namun, beliau berkata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh membuat permohonan terlebih dahulu kepada FIFA supaya dapat memberi kelonggaran kepada Mohd Faiz memakai pakaian tradisional Melayu.
"Saya percaya FIFA boleh memberi kelonggaran kepada Mohd Faiz untuk memakai pakaian tradisional Melayu lengkap dengan tanjak dan songket asli Melaka," katanya kepada pemberita selepas menghadiahkan sepersalinan lengkap baju Melayu kepada Faiz di sini pada Selasa.
Beliau berkata sumbangan pakaian bernilai RM3,000 itu juga merupakan pengiktirafan terhadap kesungguhan Mohd Faiz mengenakan busana tradisional Melayu itu di pentas antarabangsa yang disifatkan sebagai semangat jati diri tinggi yang dimiliki generasi muda.
Majlis pengumuman pemenang anugerah Puskas akan berlangsung pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Jan ini dan Mohd Faiz dijangka bertolak ke sana dari Pulau Pinang pada Sabtu ini.
Sementara itu, Mohd Faiz berkata beliau masih menaruh harapan tinggi untuk memakai baju Melayu pada majlis tersebut.
"Saya akan bawa baju ini ke Zurich walaupun FIFA masih belum membuat sebarang keputusan dan jika penganjur membenarkannya pada saat akhir, sekurang-kurangnya saya sudah bersedia," katanya.
Mohd Faiz, anak jati Ayer Hitam, Kedah itu perlu bersaing dengan dua pemain lain ialah Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela untuk mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama merangkul anugerah itu.
Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.
Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun telah dimenangi beberapa bintang dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.
Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum tarikh tutup undian pada 8 Jan ini. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 03 2017

Pengerusi Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) Datuk Prof Dr Abdul Latiff Abu Bakar (kanan) memperkemaskan pakaian tradisional Melayu yang dipakai oleh Mohd Faiz Subri selepas majlis penyerahan pakaian itu di sebuah hotel dekat Bayan Baru. - Foto B
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.

Gol Pawi bukan biasa-biasa
Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.

FIFA umum senarai finalis untuk anugerah pemain terbaik 2022
Karim Benzema, Lionel Messi dan Kylian Mbappe disahkan sebagai calon untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik 2022.

Nasib baik saya ambil sepakan itu - Tae-su
Gol gemilang pemain import dari Korea Selatan itu mencuri perhatian dunia sehingga ia turut dikongsikan FIFA dalam satu ciapan Twitter.

FAM calonkan gol Syahmi ke Anugerah Puskas FIFA 2019
FAM akan menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mencadangkan gol jaringan pemain berusia 21 itu dapat tersenarai sebagai salah satu calon anugerah berkenaan.

Kerajaan Pulau Pinang akan beri ganjaran kepada Mohd Faiz - Guan Eng
Kerajaan Pulau Pinang akan memberi ganjaran kepada Mohd Faiz Subri selepas beliau dinobat sebagai pemenang anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumum awal pagi tadi.

Kejayaan Faiz Subri jadi 'panadol' kepada prestasi bola sepak negara - Annuar Musa
Annuar Musa berharap kejayaan penyerang Pulau Pinang itu juga dapat menjadi suntikan semangat kepada pemain bola sepak tempatan lain.

Harap FIFA benar Faiz pakai pakaian tradisional Melayu pada majlis Anugerah Puskas - ISMMA
ISMMA berharap calon Anugerah Puskas, Mohd Faiz Subri dibenarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk memakai pakaian tradisional Melayu.

Pemenang Anugerah Puskas bersara daripada bola sepak untuk jadi 'gamer'
Wendell Lira ambil keputusan bersara pada usia 27 tahun, dan fokus untuk mencapai cita-cita baharunya sebagai 'gamer'.

Tiada jaminan buat gol sensasi Faiz Subri - FIFA
Badan dunia itu mengesahkan bahawa gol Faiz itu masih ada peluang untuk disenaraikan dalam 10 calon terakhir bagi anugerah berprestij jaringan gol terbaik dunia.

FAM akan calonkan 'jaringan ajaib' Faiz Subri bagi anugerah Puskas FIFA - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau difahamkan FAM akan membuat pencalonan itu kepada FIFA minggu depan.