Kehadiran semula Tan Sri Annuar Musa dalam pimpinan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bakal memberi perubahan besar kepada skuad The Red Warriors.
Timbalan Presiden Kafa Datuk Seri Affandi Hamzah berkata kehadiran semula Annuar selepas digantung selama dua setengah tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan merancakkan lagi pembangunan bola sepak Kelantan.
"Secara jujurnya, kami masih memerlukan Tan Sri untuk terus memimpin Kafa bagi memastikan kegemilangan pasukan Kelantan terus kukuh pada musim akan datang.
"Buktinya, pada Kongres Tahunan Kafa kita sebulat suara telah memilih beliau (Annuar) untuk terus kekal memimpin persatuan bagi sesi 2014 hingga 2018," katanya kepada pemberita selepas Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Kelantan ke-60 di sini Sabtu.
Pada pemilihan tersebut Annuar menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden manakala Affandi kekal sebagai Timbalan Presiden selepas tidak dicabar.
Jawatan Naib Presiden untuk sesi 2015-2018 menampilkan dua muka baharu iaitu Anggota Parlimen Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan tokoh korporat Datuk Nasir Hamzah manakala Datuk Rosmadi Ismail mengekalkan kedudukannya sebelum ini.
Sementara itu Azman Ibrahim, Azlan Yusof, Datuk Seri Sunny Ung, Datuk Abd Halim Ahmad, Datuk Wan Mohd Najib Wan Mohamad, Mohamad Zolkifli Omar, Mohammad Yusri Ismail, Datuk Mohd Rosdi Abd Aziz, Ruhaled Ab Hamid dan Datuk Abdullah Mat Yasin dipilih untuk menjawat jawatan Anggota Jawatankuasa Eksekutif Kafa.
Pemilihan bagi jawatan tertinggi Kafa pada kali ini berlangsung dalam suasana harmoni tanpa sebarang pertandingan.
Mengulas tentang perkara itu, Affandi berkata situasi tersebut membuktikan perpaduan utuh dalam kalangan anggota majlis Kafa yang bekerjasama bagi melihat pasukan Kelantan terus berjaya.
Katanya kehadiran muka baharu dijangka memperkasakan lagi bola sepak Kelantan.
Bernama
Sun Nov 16 2014
![Kehadiran Annuar Musa dalam Kafa dijangka beri impak besar Kehadiran Annuar Musa dalam Kafa dijangka beri impak besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51357707090_295x200.jpg)
Kehadiran semula Tan Sri Annuar Musa akan merancakkan lagi pembangunan bola sepak Kelantan. -Gambar fail
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kehadiran Annuar Musa dalam Kafa dijangka beri impak besar Kehadiran Annuar Musa dalam Kafa dijangka beri impak besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51357707090_295x200.jpg)
Kehadiran Annuar Musa dalam Kafa dijangka beri impak besar
Kehadiran semula Tan Sri Annuar Musa dalam pimpinan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan akan merancakkan lagi pembangunan bola sepak negeri itu.