KUALA LUMPUR:Jaringan Renan Alves membantu Kedah melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas Perak malam ini sekali gus muncul naib juara Liga Super dan mengesahkan slot ke saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021.
Ia merupakan kejayaan membanggakan selepas Kedah bangkit merekodkan lima kemenangan dalam enam aksi terdahulu untuk mencipta kejutan muncul naib juara setelah berada di kedudukan ketujuh liga ketika saingan ditangguhkan Mac lepas susulan penularan pandemik COVID-19.
Pada aksi di Stadium Perak, Ipoh, malam ini, pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Kpah Sherman pada minit ke-28 sebelum Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam meletakkan Kedah selesa mendahului 2-0 tiga minit kemudian.
Bagaimanapun, Perak berjaya bangkit meledak dua gol pada penghujung babak pertama selepas Leandro Dos Santos tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-42 sebelum menanduk masuk jaringan penyamaan pada masa kecederaan.
Gol kemenangan skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak hadir pada separuh masa kedua menerusi tandukan Alves yang bijak mencari ruang untuk memanfaatkan sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar sekali gus memastikan tiket Asia milik Kedah.
Kekalahan Perak di laman sendiri itu menyaksikan kedudukan tempat ketiga skuad The Bos Gaurus berjaya dipintas Terengganu FC (TFC) yang bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kejayaan tipis menundukkan Pahang 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.
Pemain tengah, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim meletakkan Pahang di hadapan menerusi rembatan cantik dari luar kawasan kotak penalti pada minit ke-12, namun empat minit berselang TFC menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Dominique Da Sylva.
Kapten pasukan, Lee Tuck muncul wira skuad Penyu apabila mudah menolak masuk hantaran lintang rakan sepasukan pada minit ke-82 sekali gus menyaksikan TFC menutup tirai musim ini dengan enam kemenangan daripada keseluruhan 11 aksi dengan mengumpul 19 mata.
Dalam pada itu, aksi tertunda Sabah menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang belum dimuktamadkan akan menjadi aksi penutup saingan Liga Super musim ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 11 2020
![Kedah atasi Perak di Ipoh, sahkan tiket ke Piala AFC 2021 Kedah atasi Perak di Ipoh, sahkan tiket ke Piala AFC 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602433641_LigaSuper.jpg)
Kedah dahulu membuka jaringan menerusi Kpah Sherman pada minit ke-28 sebelum Mohd Fadzrul Danel Mohd Niza menambah jaringan. -Bernama
![Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677164470_DrMohdNaimMokhta.jpg)
Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah
Umat Islam perlu bertekad bersama-sama membangunkan negara berasaskan nilai Islam dengan bertunjangkan semangat Al-Falah (kejayaan).
![Maal Hijrah: Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah - Sultan Nazrin Maal Hijrah: Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah - Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720323819_SultanNazrin.jpg)
Maal Hijrah: Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perkara baharu perlu disampaikan melalui daya komunikasi dan penyampaian yang berkesan.
![Lelaki maut tercampak nahas tiga kenderaan Lelaki maut tercampak nahas tiga kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720324071_Kemalangan.jpg)
Lelaki maut tercampak nahas tiga kenderaan
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
![KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720323661_BangunanKementerian.jpg)
KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah
KPM mengambil tindakan menyaring semula data PAJSK pelajar lepasan SPM 2023 yang tercicir markah.
![Maal Hijrah: Agong gesa kerajaan tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat Maal Hijrah: Agong gesa kerajaan tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720320509_sambutanmaalhijrah.jpg)
Maal Hijrah: Agong gesa kerajaan tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat
Sultan Ibrahim bertitah, semua kaum mempunyai budaya dan agama sendiri dan mesti hidup dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
![Video muzik 'Rockstar' Lisa Blackpink didakwa ciplak Travis Scott Video muzik 'Rockstar' Lisa Blackpink didakwa ciplak Travis Scott](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720322711_MuzikRockstarLisa.jpg)
Video muzik 'Rockstar' Lisa Blackpink didakwa ciplak Travis Scott
Antara babak dalam video muzik yang didakwa ketara 'diciplak' team Lisa adalah pada bahagian penari latar memakai serba putih.
![Menang emas di WCOPA: Fadhlina ucap tahniah kepada Ummi Umairah Menang emas di WCOPA: Fadhlina ucap tahniah kepada Ummi Umairah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720321585_umairahsairahtarudi.jpg)
Menang emas di WCOPA: Fadhlina ucap tahniah kepada Ummi Umairah
Kejayaan pelajar Tingkatan Satu SSeMKL itu diharapkan mencetus inspirasi kepada semua pelajar untuk terus mengejar impian.
![Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720321369_kontinjennegara.jpg)
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
AWANI Ringkas: Susulan PRK DUN Sungai Bakap
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan' EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720320065_SpainsDaniCarvaja.jpg)
EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'
Anthony Taylor menerima penghinaan ketika di bilik persalinannya oleh barisan kejurulatihan pasukan Jerman.
![Kedah atasi Perak di Ipoh, sahkan tiket ke Piala AFC 2021 Kedah atasi Perak di Ipoh, sahkan tiket ke Piala AFC 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602433641_LigaSuper.jpg)
Kedah atasi Perak di Ipoh, sahkan tiket ke Piala AFC 2021
Jaringan Renan Alves membantu Kedah melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas Perak malam ini sekali gus muncul naib juara Liga Super dan mengesahkan slot ke saingan Piala Konfederasi AFC.