KUALA LUMPUR: Kecederaan pergelangan tangan telah meragut impian penerjun elit negara Nur Dhabitah Sabri untuk mencipta kegemilangan pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun, sekali gus terlepas tiket layak lebih awal ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Beliau berkata kecederaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas, telah menjejaskan peluangnya untuk menguji disiplin terjunan pilihan dengan lebih awal berikutan perlu menjalani proses pemulihan yang agak lama.
Nur Dhabitah yang menampilkan aksi cemerlang pada pusingan kelayakan apabila menamatkan saingan di kedudukan kelima, bagaimanapun terkandas di separuh akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita di kejohanan itu.
"Ketika saingan separuh akhir, saya mula rasa sakit di pergelangan tangan tetapi tetap mahu tamatkan kelima-lima terjunan.
"Saya bukan sahaja berdepan dengan kecederaan tetapi perlu juga mengekalkan kekuatan mental. Melihat rakan-rakan lain berlatih dan saya tidak boleh lakukan lebih daripada sepatutnya, ia sangat mengecewakan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Bercerita mengenai kecederaan dialaminya, atlet berusia 24 tahun itu berkata beliau terpaksa mengambil tiga suntikan di tangan setiap minggu selama tiga minggu bagi mempercepatkan proses pemulihan sebelum mengikuti latihan di China dan ke Jepun untuk menyertai Kejohanan Dunia.
"Saya sangat berterima kasih kepada doktor yang membantu saya baik dengan cepat sebelum berlepas ke China. Sepatutnya seminggu sekali (suntikan) tetapi sebab nak cepat pulih, kita putuskan untuk suntik tiga kali seminggu selama tiga minggu," katanya.
Menurut atlet kelahiran Kuala Lumpur itu, beliau juga tidak dapat menyertai Piala Dunia 2023 di Montreal, Kanada pada awal Mei lepas keranan kecederaan dialaminya sekali gus tidak berpeluang menggunakan papan anjal dengan teknologi terkini yang mula digunakan pada kejohanan itu.
Justeru, pemenang pingat emas Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 itu mengakui bergelut untuk menyesuaikan diri dengan papan anjal baharu di Fukuoka berbanding penerjun lain yang telah beraksi di Montreal.
Pada aksi separuh akhir semalam, Nur Dhabitah berada dalam kelompok enam terbaik selepas tiga terjunan namun, kesilapan pada terjunan keempat menyaksikan beliau terperosok ke posisi ke-16 sebelum memperbaiki kedudukan pada terjunan terakhir untuk menamatkan saingan di tempat ke-15.
Nur Dhabitah mengutip keseluruhan 285.45 mata pada saingan separuh akhir berbanding 303.55 mata pada aksi kelayakan.
Penerjun China mendominasi pusingan separuh akhir menerusi Chen Yiwen yang mengumpul 363.70 mata diikuti rakan senegara Chang Yani kedua dengan 354.75 mata manakala wakil tuan rumah Sayaka Mikami ketiga dengan 340.55 mata.
Hanya 12 penerjun yang layak ke final acara berkenaan berjaya meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Untuk rekod, Nur Dhabitah yang berusia 17 tahun ketika itu menduduki tempat kesembilan acara 10m platform wanita dan menamatkan final 3m papan anjal seirama wanita di kedudukan kelima bergandingan dengan Cheong Jun Hoong pada temasya Olimpik Rio 2016.
Edisi berikutnya di Tokyo, Nur Dhabitah lebih cemerlang namun tidak bernasib baik apabila menamatkan saingan 3m papan anjal individu wanita di tempat keempat, sekali gus terlepas pingat Olimpik pertamanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023

Nur Dhabitah berkata kecederaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas, telah menjejaskan peluangnya untuk menguji disiplin terjunan pilihan dengan lebih awal berikutan perlu menjalani proses pemulihan yang agak lama. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Sukan Asia: Nur Dhabitah-Wendy pertahan perak
Nur Dhabitah Sabri-Wendy Ng mencuri tumpuan selepas menghadiahkan pingat perak dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita.

Sasar beraksi 10m platform di Hangzhou, Dhabitah berperang dengan masa
Nur Dhabitah Sabri berperang dengan masa untuk mencapai sasarannya beraksi dalam acara 10 meter (m) platform pada Sukan Asia Hangzhou 2022.

Kecederaan jejas impian Nur Dhabitah raih tiket ke Paris 2024 lebih awal
Kecederaan pergelangan tangan telah meragut impian penerjun elit negara Nur Dhabitah Sabri untuk mencipta kegemilangan pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun.

Kejohanan Dunia: Pandelela-Dhabitah raih gangsa 10m platform seirama
Gandingan Pandelela-Dhabitah berjaya mengumpul 298.68 mata selepas melakukan lima terjunan secara keseluruhan.

Nur Dhabitah fokus seimbang pelajaran, kerjaya
Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri akan berusaha untuk menyeimbangkan aspek pembelajaran dan kerjaya sebagai atlet selepas menyambung pengajian.

Tokyo 2020: "Senyuman awak ada orang jaga?" Jawapan Nur Dhabitah buat ramai terkejut
"Maksudnya, senyuman itu, sudah ada yang special tak yang akan jaga senyuman tu?"

Penampilan paling cemerlang pada Sukan Asia 2018 - Nur Dhabitah
Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri menyifatkan kejayaannya meraih satu perak dan dua gangsa pada penampilan kedua Sukan Asia kali ini adalah yang terbaik sepanjang bergelar atlet kebangsaan.

Dhabitah-Jun Hoong bantu skuad terjun Malaysia raih slot ketujuh Sukan Olimpik
Skuad terjun negara meneruskan aksi cemerlang selepas menempah slot ketujuh ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos.