ALOR SETAR: Terdapat beberapa tindakan telah diambil bagi meniup semangat pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk kembali di landasan kemenangan, kata Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC Khamal Idris Ali.
Khamal Idris dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan tindakan berkenaan diambil susulan pelbagai maklum balas yang diterima pihaknya terhadap prestasi kurang memberangsangkan Skuad Sang Kenari kebelakangan ini.
Beliau berkata KDA FC sentiasa mendengar setiap suara yang dilontarkan namun pendekatan pengurusan KDA FC ketika ini adalah menilai secara rasional sebelum mengambil tindakan drastik agar tidak mengganggu momentum pasukan dalam menghadapi Piala AFC, Selasa ini.
Menurutnya KDA FC telah mengambil tindakan sewajarnya di fasa pertama penilaian prestasi sekitar Jun lepas dengan melakukan perubahan yang sesuai selepas bedah siasat dilakukan antaranya membawa masuk pemain pertahanan Mohamad Akmal Md Zahir serta dua pemain import tengah, Sanrawat Dechtmir dan Mahmoud Al-Mardi.
"Hasil daripada penilaian ketika itu dan tindakan yang diambil telah memberi sesuatu yang positif iaitu KDA FC beraksi cemerlang di pentas Asia dengan menjuarai Kumpulan G seterusnya layak ke separuh akhir Zon Asean Piala AFC 2022.
"Proses dan tindakan yang diambil membuahkan hasil. Proses penilaian fasa kedua pasca-Piala AFC kali ini akan melalui proses yang sama melalui pendekatan tindakan susulan yang lebih sesuai pendekatannya," katanya.
Khamal Idris berkata melalui penilaian semasa, prestasi naik dan turun pasukan adalah disebabkan beberapa faktor antaranya transisi barisan pemain utama, kecederaan pemain import dan pemain tempatan utama, faktor kesihatan pemain, jadual padat serta pertukaran senarai pemain yang terhad yang menyumbang kepada keputusan tidak konsisten.
Beliau berkata penilaian prestasi pasukan bukan hanya melalui keputusan jaringan semata-mata tetapi ia dilakukan mengambil kira data saintifik yang disediakan juruanalisis, laporan prestasi pemain oleh barisan kejurulatihan serta langkah-langkah yang telah diambil.
Mengenai isu kebajikan pemain, Khamal Idris berkata pihak pengurusan sentiasa meletakkan kebajikan pemain sebagai keutamaan dan tiada isu gaji tertunggak seperti yang ditularkan menerusi laman media sosial.
Menurutnya walaupun KDA FC dalam transisi pengurusan kewangan tanpa kebergantungan penuh kepada kerajaan negeri, setakat ini KDA FC masih mampu menampung tanggungjawab dan kebajikan kepada pasukan.
"KDA FC juga positif dan amat berterima kasih dengan pelbagai maklum balas, keluhan dan rintihan kekecewaan semua pihak mengenai prestasi Sang Kenari kebelakangan ini. Ini merupakan petanda positif Sang Kenari sentiasa dekat di hati penyokong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
![KDA FC perjelas tindakan diambil bagi kembalikan prestasi pasukan KDA FC perjelas tindakan diambil bagi kembalikan prestasi pasukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644680075_KDAFC.jpg)
Pengurusan KDA FC ketika ini adalah menilai secara rasional sebelum mengambil tindakan drastik agar tidak mengganggu momentum pasukan dalam menghadapi Piala AFC.
Kes scam: Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Lelaki warga emas mengalami kerugian sebanyak RM400,900 setelah terperdaya dengan sindiket pelaburan mata wang digital yang tidak wujud pada Mac lepas.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![Kemudahan sanitasi, infrastruktur di Gaza terjejas teruk - UNRWA Kemudahan sanitasi, infrastruktur di Gaza terjejas teruk - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719933855_TBGaza.jpg)
Kemudahan sanitasi, infrastruktur di Gaza terjejas teruk - UNRWA
Kemudahan sanitasi dan infrastruktur di Gaza kini terjejas teruk, menurut Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
![Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720326043_menteribesarselang.jpg)
Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi
Jejambat sepanjang 820 meter itu dibina untuk mengatasi masalah kesesakan trafik yang membelenggu pengguna lebuh raya ELITE dan SKVE.
Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
Sultan Ibrahim menambah pada hari ini, kita berdepan dengan cabaran kebanjiran maklumat tanpa sempadan melalui media sosial yang sukar dikawal.
Agong,Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
[TERKINI] KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan menyaring semula data Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tercicir markah PAJSK.
![Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677164470_DrMohdNaimMokhta.jpg)
Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah
Umat Islam perlu bertekad bersama-sama membangunkan negara berasaskan nilai Islam dengan bertunjangkan semangat Al-Falah (kejayaan).
![PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720325589_PRKSungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.
![3 kanak-kanak termasuk bayi maut dalam kebakaran di Sydney 3 kanak-kanak termasuk bayi maut dalam kebakaran di Sydney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720322388_LalorParkhousefir.jpg)
3 kanak-kanak termasuk bayi maut dalam kebakaran di Sydney
Menurut polis, identiti ketiga-tiga kanak-kanak itu masih belum dikenal pasti.
![Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720230923_PialaFA.jpg)
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
![Akmal Rizal harap 'magis 90 minit' Akmal Rizal harap 'magis 90 minit'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719629923_tbPiaaFA.jpg)
Akmal Rizal harap 'magis 90 minit'
Akmal Rizal yakin anak buahnya mampu bangkit untuk beraksi lebih cemerlang meskipun berdepan dua kekalahan berturut-turut menentang KDA FC.
![Piala FA: Terengganu berpesta gol, Penang bawa bekalan tipis ke Alor Setar Piala FA: Terengganu berpesta gol, Penang bawa bekalan tipis ke Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719616473_PialaFA.jpg)
Piala FA: Terengganu berpesta gol, Penang bawa bekalan tipis ke Alor Setar
Keputusan itu menyaksikan finalis Piala FA 2022 itu membawa bekalan selesa ke tempat lawan pada aksi suku akhir kedua 6 Julai depan.
![Kemenangan ke atas Bukit Tambun kembalikan keyakinan KDA FC Kemenangan ke atas Bukit Tambun kembalikan keyakinan KDA FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718422569_KDAFC.jpg)
Kemenangan ke atas Bukit Tambun kembalikan keyakinan KDA FC
Kemenangan ke atas Bukit Tambun FC dalam saingan Piala FA malam tadi dilihat mampu mengembalikan keyakinan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi menghadapi perlawanan seterusnya.
![Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716607932_NafuziZain.jpg)
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
![Kami sedia membantu - Penyokong Kedah Kami sedia membantu - Penyokong Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713400845_SaifulAzrulCheLa.jpg)
Kami sedia membantu - Penyokong Kedah
Dia berpandangan bahawa ada cara yang lebih baik untuk menangani masalah itu dengan menegaskan penyokong sedia membantu.
![KDA FC mohon penyokong bantu pasukan KDA FC mohon penyokong bantu pasukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713325826_TBbolasepakkedah.jpg)
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.
![KDA FC dijangka beri penjelasan minggu depan KDA FC dijangka beri penjelasan minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712815728_TBKDAFC.jpg)
KDA FC dijangka beri penjelasan minggu depan
Pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka memberikan penjelasan berhubung beberapa perkara yang melanda kelab itu, minggu depan.
![Liga belum mula, tiga mata Kedah Darul Aman sudah dipotong Liga belum mula, tiga mata Kedah Darul Aman sudah dipotong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712289783_Ligajpg.jpg)
Liga belum mula, tiga mata Kedah Darul Aman sudah dipotong
KDA FC telah diberikan masa untuk menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji berkenaan pada 30 Mac lalu, namun kelab itu gagal mematuhinya.
![AGC tolak representasi Rizal Ghazali gugur dua kes jenayah AGC tolak representasi Rizal Ghazali gugur dua kes jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81711945495_TBRizalGhazali.jpg)
AGC tolak representasi Rizal Ghazali gugur dua kes jenayah
Pendakwaan berkata, arahan yang diterima daripada AGC ialah meneruskan pertuduhan terhadap Rizal Ghazali.