PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik dan menghargai tawaran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung penggunaan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor sebagai venue alternatif skuad Harimau Malaya.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) terbabit banyak memberi sumbangan terhadap industri sukan tanah air terutamanya bola sepak.
"Semestinya kita menyambut baik tweet (ciapan) TMJ (Tunku Ismail) (mengenai tawaran stadium) kerana TMJ banyak membantu KBS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Al-Ikhsan Sports x The MESSI Brand di Republik Bola Sepak, Sunway Pyramid petang ini.
Semalam, Tunku Ismail telah menzahirkan tawaran itu sementara menunggu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) siap diselenggara, sehari selepas meninjau sesi latihan skuad itu di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya.
Stadium Nasional Bukit Jalil selaku gelanggang keramat skuad Harimau Malaya yang dipenuhi jadual padat pelbagai acara termasuk bola sepak akan ditutup sepenuhnya pada Mac ini bagi memberi laluan kepada proses penanaman rumput baharu jenis Zeon Zoysia.
Penanaman rumput Zeon Zoysia itu bagi menggantikan jenis Cow Grass sedia ada, disifatkan lebih sesuai dengan keadaan cuaca serta iklim di negara ini yang dianggarkan mencecah sehingga RM1.4 juta dan ditaja oleh Tunku Ismail. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023
Kementerian Belia dan Sukan menyambut baik dan menghargai tawaran Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung penggunaan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor sebagai venue alternatif skuad Harimau Malaya, kata Hanna Yeoh. - Gambar BERNAMA
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Aksi tertunda Perak, JDT diubah ke Stadium Sultan Ibrahim
Perak telah diminta untuk menamakan venue alternatif, berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi itu.
Bekas pemain Atletico Madrid lawat SSI, tinjau sesi latihan JDT
Bekas tonggak di bahagian pertahanan Atletico Madrid dan Sepanyol, Juanfran, muncul di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Kelantan Darul Naim mohon SSI sebagai gelanggang tuan rumah
Stadium Sultan Muhammad IV masih dalam proses naik taraf sehingga pertengahan Oktober depan.
Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua
JDT menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim dan menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1.
JDT tewaskan Kuching City FC 2-0
Harimau Selatan bermula garang apabila menggempur benteng skuad pelawat sehingga terhasil jaringan pada minit ke-34.
Lelaki dipukul semasa menonton perlawanan bola antara JDT dan KL City
Mangsa yang berusia 30 tahun itu mengesyaki dirinya dipukul oleh anggota pasukan keselamatan.
Penyokong banjiri Stadium Sultan Ibrahim saksikan final Piala FA
Stadium Sultan Ibrahim sesak dengan kehadiran penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC pada malam ini.
Final Piala FA: 750 pegawai, anggota polis pantau keselamatan
Pemantauan keselamatan dengan kerjasama marsyal stadium itu termasuk dalam memastikan kelancaran lalu lintas pada hari berkenaan.
Hanya JDT bida, Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.
Dunia iktiraf Stadium Sultan Ibrahim
Stadium Sultan Ibrahim telah menarik perhatian pemerhati dengan pengurusan profesional, pemeliharaan dan reputasi stadium tersebut.