IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memperkemaskan lagi Program Pencarian Bakat (TID) bagi mencungkil bakat-bakat baru ahli sukan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, program itu yang dilaksanakan Institut Sukan Negara (ISN) perlu mendapat kerjasama sekolah-sekolah.
Bagaimanapun, pada masa sama, katanya, KBS masih mengharapkan kerjasama daripada persatuan sukan di peringkat daerah dan kampung.
“Saya masih lagi mengharapkan persatuan-persatuan sukan di peringkat daerah dan kampung untuk menganjurkan kejohanan-kejohanan kecil.
“Dengan menganjurkan kejohanan-kejohanan kecil, kita dapat menyemarakkan industri sukan, dan sukan ini boleh menjadi satu bidang cari makan, semua orang boleh dapat keuntungan daripada industri sukan ini,” katanya.
Beliau ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Parlimen Tambun bagi merebut Peja Trophy 2021, di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Parlimen Tambun itu akan dijadikan acara tahunan.
Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, selagi beliau menjadi Ahli Parlimen, pertandingan itu akan diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Menurutnya, pertandingan yang diadakan pertama kali pada Sabtu dan Ahad mendapat sambutan yang sangat baik apabila 27 pasukan mengambil bahagian.
“Tentunya saya akan mencari jalan bagi memastikan pertandingan seperti ini akan terus dianjurkan, bukan sahaja di dalam kawasan Parlimen Tambun, tetapi di daerah-daerah lain juga, termasuk di seluruh negara,” ujarnya.
Dalam pertandingan itu, Briged Utara FC muncul juara selepas menumpaskan AIMTT FC dengan jaringan 1 - 0 manakala GGR FC mendapat tempat ketiga dan PFB FC keempat.
Juara menerima hadiah wang tunai RM5,000, kedua RM3,000, ketiga RM2,000 dan keempat RM1,000 di samping medal.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Oct 24 2021
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, program itu yang dilaksanakan Institut Sukan Negara (ISN) perlu mendapat kerjasama sekolah-sekolah. - Foto Astro AWANI
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
PM minta FAM sedia pelan, KPI jamin peningkatan prestasi Harimau Malaya
Tuntutan itu sebagai balasan kepada komitmen kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk bantu perkasa pasukan kebangsaan.
Paralimpik Paris 2024: Kontinjen negara tidak rela kibar bendera putih
Kontinjen negara seakan belum mahu menyerah kalah bagi menggapai misi sukar menepati sasaran empat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
KBS Sabah beri komitmen ganti kemudahan peralatan sukan 'uzur'
KBS sangat responsif mengenai kemudahan peralatan sukan yang uzur dan optimis mengambil inisiatif dalam usaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Misi buru pingat emas Olimpik diteruskan
Malaysia menamatkan cabaran Sukan Olimpik Paris 2024 di tempat ke-80 bersama Albania, Grenada dan Puerto Rico selepas meraih dua pingat gangsa, tanpa kilauan emas yang diidam-idamkan selama ini.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Dana e-sukan naik empat kali ganda kepada RM1 juta
Peruntukan bagi e-sukan negara meningkat empat kali ganda apabila Kementerian Belia dan Sukan mmenaikkan jumlah dana kepada RM1 juta.
Kursus Kod Sukan Selamat jadi komponen Skim Pelesenan, Pensijilan Jurulatih ISN
Modul Kursus Kod Sukan Selamat akan dimasukkan sebagai satu daripada komponen dalam Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan dan Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan kendalian ISN.
Henti sebarkan perkara tidak rasmi berkaitan atlet Malaysia ke Olimpik Paris 2024 - Hannah
Ia bagi membolehkan atlet berada dalam keadaan fokus kepada persediaan mereka dan pada masa sama menjaga kesihatan mental 26 atlet negara.
LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara
Persiapan awal bagi skuad skuasy termasuk keperluan menjalani latihan di luar negara untuk memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sedang dibincang dan diperhalusi.
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.