Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diharap dapat membantu mengembangkan bakat Khairul Idham Pawi ke peringkat lebih tinggi selepas memenangi perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Jerman, Ahad lepas.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata anak jati Kampung Gajah, Pasir Salak yang lebih dikenali dengan Kip dan Keon itu, mampu pergi lebih jauh sekiranya KBS membantunya terutama dari segi kewangan.
"Khairul Idham mempunyai potensi besar dalam sukan permotoran dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memberi sokongan kepada anak kelahiran Perak itu yang menjadi kebanggaan negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Lembaga Air Perak di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri sebelum ini memberi insentif sebanyak RM100,000 selepas Khairul Idham, 17, memenangi GP Argentina, April lepas.
"Insentif tersebut sebagai pengiktirafan dan galakan kepada beliau supaya bakatnya terus berkembang dalam sukan permotoran.
"Ia merupakan insentif untuk jangka panjang dan saya yakin dengan insentif tersebut dapat membantu beliau untuk bersaing di peringkat lebih tinggi," katanya.
Dalam perlumbaan Moto3 di Sachsenring pada Ahad lepas, Khairul Idham membuktikan kemampuannya berlumba di atas litar basah apabila memintas satu demi satu pesaingnya selepas memulakan saingan daripada petak ke-20.
Semalam, bapa Khairul Idham, Pawi Omar menyatakan rasa terkilan kerana tiada pihak membantu membiayai kos pegawai pengiring untuk anaknya itu.
Pawi berkata sehingga kini, mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi melancarkan karier anaknya termasuk membiayai pegawai pengiring yang menjaga pelumba negara itu.
Bernama
Tue Jul 19 2016
Khairul Idham mempunyai potensi besar dalam sukan permotoran.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
UniMAP rangka Pelan Strategik 2026-2030, sasar penghasilan 37,500 bakat
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedang merangka Pelan Strategik UniMAP 2026-2030 yang antara lain menyasarkan melahirkan seramai 37,500 bakat menjelang 2030.
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Pegawai kadet UPNM didakwa cederakan junior guna seterika wap panas
Seorang pegawai kadet UPNM mengaku tidak bersalahatas pertuduhan mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan penurunan kadar Fed
Ringgit dibuka pada 4.38 berbanding dolar AS pada Jumaat selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.
Niaga SPOTLIGHT: GLC, GLIC Investments - Transparency and Accountability
Malaysia’s GLICs hold combined AUM valued at over RM1.8 trillion, roughly the size of Malaysia’s nominal GDP
Following the enactment of the Audit (amendment) Bill, which took effect on 1st November, the Auditor-General now holds the authority to audit the accounts of 1,856 entities, including GLCs.
If audits uncover just RM1 million in savings per company, the total could reach RM2 billion - resources that can be allocated towards transforming Malaysians’ lives for the better.
NIAGA SPOTLIGHT focuses on transparency and accountability for GLCs and GLICs to identify underperforming entities and improve Malaysia's overall economic landscape.
Following the enactment of the Audit (amendment) Bill, which took effect on 1st November, the Auditor-General now holds the authority to audit the accounts of 1,856 entities, including GLCs.
If audits uncover just RM1 million in savings per company, the total could reach RM2 billion - resources that can be allocated towards transforming Malaysians’ lives for the better.
NIAGA SPOTLIGHT focuses on transparency and accountability for GLCs and GLICs to identify underperforming entities and improve Malaysia's overall economic landscape.
14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California
Lebih 25 juta orang kini berada di bawah amaran 'Red Flag' kerana keadaan kebakaran yang "melampau dan mengancam nyawa."
Bursa Malaysia rendah sedikit dalam dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 mata kepada 1,622.82 daripada 1,623.28 pada Khamis.
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
KBS diminta bantu Khairul Idham raih peringkat lebih tinggi
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Khairul Idham Pawi mampu pergi lebih jauh jika KBS membantu terutama dari segi kewangan.