Pemain England Laura Massaro menjuarai buat pertama kali kejohanan skuasy terbuka Kuala Lumpur CIMB 2013 hari ini.
Pilihan ketiga kejohanan serta pemain nombor tiga dunia ini mengalahkan rakan senegara Alison Waters dalam straight set 11-9, 11-7 dan 11-6 dalam masa 44 minit.
Beliau menggondol hadiah wang tunai US$10,200 (kira-kira RM31,500) dan trofi sementara Alison membawa pulang US$6,900 (kira-kira RM18,720).
"Saya sangat gembira dengan prestasi saya minggu ini yang pada mulanya saya cuba untuk layak ke suku akhir yang saya hanya layak setakat separuh akhir di sini sebelum ini.
"Bangga kerana memperoleh form saya yang tidak pasti dari mana datangnya. Saya tidak pernah bermain sebaik ini, jadi saya tidak menjangka untuk bermain seperti ini.
"Saya gembira untuk memenangi perlawanan ini selepas perlawanan sukar menentang Nicol (David) semalam. Adalah penting untuk saya bermain baik di final. Terlalu banyak tekanan ke atas diri saya," katanya.
Dalam perlawanan kategori lelaki sebelum itu, pilihan pertama kejohanan dan pemain nombor enam dunia, Karim Darwish dari Mesir mengalahkan rakan senegara Mohamed El Shorbagy juga dalam straight set 11-9, 12-10 dan 11-7 dalam masa 54 minit untuk menggondol kejuaraan buat kali kedua.
Perlawanan hari ini mengulangi edisi 2011 apabila Karim mengalahkan Mohamed untuk menjadi juara kejohanan buat kali pertama.
"Saya telah menjangka perlawanan yang sukar menentang dia (Mohamed). Dia kini pemain nombor lima dunia, jadi saya perlu bersedia 100 peratus untuk mengalahkannya dalam tiga set," kata Karim.
Beliau berkata isterinya Engy Kheirallah, bekas pemain skuasy Mesir dan anaknya yang berusia 10 bulan, Omar merupakan pemberi semangat kepadanya untuk menang.
"Saya gembira anak saya dapat melihat saya bermain buat pertama kali. Saya anggap anak saya membawa tuah dan saya akan membawanya ke mana saja saya bertanding," ujarnya.
Kzrim memperoleh US$8,075 (kira-kira RM25,000) dan trofi sementara Mohamed menerima US$5,525 (kira-kira RM17,000).
Bernama
Sun Mar 31 2013
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Aktiviti belian saham pada harga rendah dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.
U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan prestasi dagangan bercampur-campur di pasaran serantau
Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum pembelian sepanjang hari dan ditutup pada paras terendah intra hari disebabkan jualan pada saat akhir dagangan bagi beberapa kaunter wajaran tinggi.
KDNK 2025 Malaysia dijangka kekal stabil pada 5 peratus - CIMB Securities
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil pada kadar lima peratus pada 2025, selaras dengan sasaran kerajaan antara 4.5 dan 5.5 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
FBM KLCI turun bagi hari kedua berturut-turut susulan tekanan luar
FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,628.54, naik 3.07 mata daripada 1,625.47 semalam.
Bursa Malaysia naik bagi hari keenam, IK raih 0.28 peratus pada akhir dagangan 2024
Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2024 pada Selasa dengan menokok sebanyak 0.28 peratus, dipacu oleh momentum belian saham wajaran tinggi terpilih,
Bursa Malaysia akhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif
Bursa Malaysia terus mencatat momentum meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Jumaat, mengakhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif.
Bursa Malaysia kurangkan penyusutan awal, ditutup hampir tidak berubah
Bursa Malaysia mengurangkan penyusutan awalnya untuk ditutup rendah pada Isnin susulan aktiviti pembelian pada saat-saat akhir.
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.