Pada 5 petang ini, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 4.65 mata ke paras 1,642.33 berbanding 1,637.68 pada akhir dagangan semalam - peningkatan untuk hari keenam berturut-turut.
Indeks penanda aras itu dibuka meningkat 0.75 mata pada 1,638.43 dan bergerak dalam julat 1,632.85 hingga 1,644.54 sepanjang sesi dagangan hari ini.
Di pasaran meluas bagaimanapun menyaksikan senario berbeza dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 515 berbanding 485 manakala 550 kaunter tidak berubah, 839 tidak diniagakan dan 43 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.41 bilion unit bernilai RM2.06 bilion daripada 2.55 bilion unit bernilai RM2.09 bilion, semalam.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran Asia mengakhiri dagangan terakhir tahun ini dalam sentimen berhati-hati, diselubungi ketidaktentuan berkaitan trajektori Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) bagi 2025 dan strategi perdagangan yang bakal dilaksanakan oleh Rumah Putih susulan pelantikan rasmi Presiden Donald Trump.
"Bagaimanapun, FBM KLCI mencatat prestasi berbeza dengan pasaran serantau yang keseluruhannya susut, susulan impak kenaikan indeks pengurus pembelian (PMI) pembinaan dan perkhidmatan China pada Disember.
"Data yang dilihat sebagai positif untuk pengeksport komoditi seperti Malaysia, berkemungkinan menyumbang kepada peningkatan sederhana di peringkat indeks dan menunjukkan daya tahan pasaran tempatan di tengah-tengah ketidaktentuan serantau yang lebih ketara," katanya kepada Bernama.
Data PMI rasmi China bagi Disember berada pada 50.1.
Selain itu di pasaran serantau utama, indeks Nikkei 225 Jepun susut 0.96 peratus kepada 39,894.54; Indeks Komposit SSE China berkurangan 1.63 peratus kepada 3,351.76; Indeks Straits Times Singapura turun 0.21 peratus kepada 3,787.60 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong menokok 0.09 peratus kepada 20,059.95.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Public Bank meraih naik dua sen kepada RM4.56; CIMB menambah lima sen kepada RM8.20; TNB meraih 10 sen kepada RM14.94; IHH Healthcare menokok tujuh sen kepada RM7.30; Hong Leong Bank melonjak 14 sen kepada RM20.56 namun Maybank kekal pada RM10.24 dan CelcomDigi rugi lapan sen kepada RM3.62.
Bagi saham aktif, Zen Tech International meraih setengah sen kepada satu sen; Harvest Miracle naik 2.5 sen kepada 16.5 sen; Velocity Capital menokok satu sen kepada lima sen; Microlink menokok dua sen kepada 23.5 sen; TWL Holdings tidak berubah pada 2.5 sen manakala MUI Properties turun 6.5 sen kepada 37 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas melonjak 27.59 mata kepada 12,585.51, Indeks FBM Emas Shariah menokok 11.73 mata kepada 12,590.57 dan Indeks FBMT 100 meningkat 28.78 mata kepada 12,265.96.
Indeks FBM ACE pula menambah 34.57 mata kepada 5,380.44 dan Indeks FBM 70 naik 21.90 mata kepada 18,841.13.
Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 63.22 mata kepada 19,170.13 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.46 mata kepada 176.45; Indeks Perladangan menokok 29.91 mata kepada 7,649.06 dan Indeks Tenaga susut 3.61 mata kepada 822.93.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat sedikit kepada 1.44 bilion unit bernilai RM1.89 bilion daripada 1.42 bilion unit bernilai RM1.88 bilion.
Selain itu, jumlah waran berkurangan kepada 513.26 juta unit bernilai RM49.54 juta daripada 702.78 juta unit bernilai RM69.42 juta semalam.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangannya berkurangan kepada 456.02 juta unit bernilai RM123.31 juta daripada 432.90 juta unit bernilai RM136.36 juta pada Isnin.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 169.42 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (346.95 juta), pembinaan (118.94 juta), teknologi (201.11 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (49.34 juta), hartanah (256.13 juta), perladangan (26.39 juta), REIT (123.37 juta), dana tertutup (6,000), tenaga (91.47 juta), penjagaan kesihatan (52.14 juta), telekomunikasi dan media (36.0 juta), pengangkutan dan logistik (26.95 juta), utiliti (51.81 juta), dan amanah perniagaan (99,200).
-- BERNAMA