KELAB Itali, Fiorentina mengesahkan bahawa kaptennya, Davide Astori meninggal dunia pada usia 31 tahun.
Pemain pertahanan itu menghembuskan nafas terakhir dalam tidur ketika menginap bersama pasukannya di sebuah hotel di Udine menjelang pertemuan dengan Udinese dalam saingan Serie A hari ini.
Memetik kenyataan rasmi kelab itu, mereka terkejut dengan kematian itu yang dikatakan berpunca daripada ‘sakit secara tiba-tiba’.
“Untuk situasi menyedihkan ini, kami mengharapkan sensitiviti pihak media sebagai menghormati keluarganya,” kata kelab itu.
Menurut laporan media Itali, perkara itu diketahui selepas rakan sepasukannya memecah masuk ke dalam biliknya apabila dia tidak muncul ketika sarapan malah tidak menjawab panggilan telefon.
Berita mengejutkan itu sekali gus menggesa bukan sahaja perlawanan antara Fiorentina dengan Udinese, malah semua perlawanan Serie A ditunda sebagai penghormatan kepada Astori.
Astori pernah berkhidmat untuk negaranya dalam skuad kebangsaan Itali sebanyak 14 kali sepanjang 12 tahun karier profesionalnya yang bermula pada 2011 bersama AC Milan, walaupun tidak berpeluang beraksi dalam skuad utama kelab itu.
Dia juga pernah beraksi bersama Cagliari yang kemudiannya dipinjamkan ke AS Roma dan kini Fiorentina sejak 2015.
Astori meninggalkan teman wanita, Francesca Fioretti bersama seorang anak perempuan berusia dua tahun hasil perhubungan jangka panjang mereka.
Israr Khalid
Sun Mar 04 2018
Davide Astori (1987-2018)
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Kapten Fiorentina, Davide Astori, meninggal dunia
Perkara itu disahkan kelab Itali itu yang menyatakan kematian Astori pada usia 31 tahun disebabkan 'sakit secara tiba-tiba' ketika dalam tidur.