JOSE Mourinho yakin Tottenham dan Son Heung-min tidak akan menghadapi masalah dalam rundingan kontrak baru sambil memuji sentuhan Harry Kane dalam kemenangan 2-0 ke atas West Brom, malam tadi.
Ketua pasukan itu terlepas dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) terdahulu -- kedua-dua berakhir dengan kekalahan -- selepas dilanda kecederaan ketika tewas 1-3 di laman sendiri kepada Liverpool, bulan lalu.
Namun, pemain England itu kembali diturunkan dan tidak perlu menunggu lama untuk meledak gol dalam separuh kedua sebelum Son melebarkan jurang.
Kedua-dua pemain itu telah menyumbangkan 36 peratus gol liga pada musim ini untuk menghuni kedudukan ke-13, sementara Son menghampiri rekod jaringan terbaiknya buat kelab London tersebut -- setelah melakar 14 gol dalam musim 2016-17.
Kontrak penyerang Korea Selatan itu masih panjang dan ketika wabak COVID-19 mengekang banyak aktiviti mereka, pengendali Portugis itu tetap yakin Spurs akan mengekalkan bintang handalannya sebaik "matahari kembali menyinari dunia".
"Son tiada masalah, dia masih terikat dengan kontrak selama beberapa tahun jika tidak silap saya, mungkin berbaki tiga tahun lagi. Saya percaya, kami hanya menunggu saat yang tepat untuk memuktamadkannya," kata Mourinho.
"Dengan situasi COVID-19 ketika ini, saya rasa ini bukan detik yang tepat bagi pemain dan kelab untuk membincangkan kontrak sedangkan begitu ramai orang kehilangan pekerjaan, tidak dapat bekerja dan menghadapi kesukaran.
"Saya percaya bahawa sebaik matahari kembali menyinari dunia, kelab dan Sonny akan memuktamadkan kontrak baru dengan mudah."
Kane terlepas dua kekalahan 0-1 berturut-turut iaitu menentang Brighton & Hove Albion dan Chelsea selepas tercedera kedua-dua pergelangan kakinya ketika menentang Liverpool.
Namun, dia sempat pulih dengan segera untuk bertemu West Brom, ia perkembangan yang cukup menggembirakan Mourinho.
Golnya pada minit ke-54 membantunya mencapai angka ke-20 untuk rentetan musim ketujuh di samping Mohamed Salah (21), Erling Haaland (22), Cristiano Ronaldo (23) dan Robert Lewandowski (27) untuk mencatat lebih banyak gol dalam lima kalangan liga utama Eropah musim ini.
"Kami banyak bergantung kepadanya, kami tidak boleh menyembunyikan hakikat ini," kata Mourinho mengenai ketua pasukan Spurs itu.
"Ini adalah satu gol yang mampu dihasilkannya, kemampuannya mencipta bantuan jaringan, keserasian dengan rakan sepasukan selain keperibadiannya meletakkan sebagai susuk penting buat kami.
"Hari ini saya sudah berikrar untuk tidak bercakap mengenai pencapaian individu kerana saya sangat gembira dengan kompromi pemain dalam misi memenangi perlawanan ini dan mengakhiri siri tiga kekalahan.
"Persoalannya memang sukar kehilangannya. Dia adalah seorang pemain yang cukup berharga."
Astro Arena
Mon Feb 08 2021
![Kane bukti peranan penting taktikal Mourinho Kane bukti peranan penting taktikal Mourinho](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612782685_TOTTENHAM.jpg)
Kane terlepas dua kekalahan 0-1 berturut-turut iaitu menentang Brighton & Hove Albion dan Chelsea selepas tercedera kedua-dua pergelangan kakinya ketika menentang Liverpool. - Foto dari Stadium Astro
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41608864333_SoccerFootball.jpg)
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
![Manchester United lantik Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu Manchester United lantik Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730478335_RubenAmorim.jpg)
Manchester United lantik Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu
Jurulatih dari Portugal, Ruben Amorim, dilantik sebagai Ketua Jurulatih Manchester United, pasukan Liga Perdana Inggeris, menurut pengumuman kelab itu pada Jumaat.
![United perlu bayar pampasan RM90.5 juta kepada Ten Hag United perlu bayar pampasan RM90.5 juta kepada Ten Hag](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715571532_tbPremierLeague.jpg)
United perlu bayar pampasan RM90.5 juta kepada Ten Hag
Ten Hag mempunyai baki 21 bulan dalam kontrak lanjutan United dan telah dilaporkan beliau memperoleh 9 juta pound (RM50 juta) setahun.
![Mourinho ramal Portugal julang trofi Euro Mourinho ramal Portugal julang trofi Euro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718335561_JoseMourinho.jpg)
Mourinho ramal Portugal julang trofi Euro
Perlawanan pembukaan Euro 2024 menyaksikan tuan rumah, Jerman berdepan Scotland dalam saingan Kumpulan A.
![Mourinho mahukan pemain buangan Chelsea di Fenerbache Mourinho mahukan pemain buangan Chelsea di Fenerbache](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717392446_tbJoseMourinho.jpg)
Mourinho mahukan pemain buangan Chelsea di Fenerbache
Jose Mourinho mahu menandatangani legenda Chelsea, Romelu Lukaku sejurus diumum bergelar pengurus kelab Turkiye, Fenerbahce.
![Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713837067_TBMourinhojpg.jpg)
Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.
![Mourinho dikaitkan jadi jurulatih Liverpool Mourinho dikaitkan jadi jurulatih Liverpool](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713757006_PremierLeaguejpg.jpg)
Mourinho dikaitkan jadi jurulatih Liverpool
Kehadiran Mourinho itu menyebabkan peminat Liverpool mula membincangkan kemungkinan pengurus Portugal itu menggantikan Jurgen Klopp.
![Mourinho belajar bahasa Jerman Mourinho belajar bahasa Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614140156_JoseMourinho.jpg)
Mourinho belajar bahasa Jerman
Jose Mourinho dilaporkan tertarik untuk melatih Bayern Munich.
![Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650341364_TBITALYSOCCER.jpg)
Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan
Pengendali kelahiran Portugal itu tidak akan dibenarkan bersama di garisan tepi atau di bilik persalinan kelab pada hari perlawanan.
![UEFA gantung Jose Mourinho empat perlawanan UEFA gantung Jose Mourinho empat perlawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687414603_JoseMourinho.jpg)
UEFA gantung Jose Mourinho empat perlawanan
Jurulatih Roma, Jose Mourinho telah dikenakan penggantungan empat perlawanan oleh UEFA kerana kelakuannya pada perlawanan akhir Liga Europa bulan lalu.