Kapten Kelantan Mohd Badri Mohd Radzi berjanji akan mengemudi pasukannya mencapai kemenangan untuk menebus maruah jurulatih, Bojan Hodak, pada aksi separuh akhir pertama Piala FA, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu malam.
Mohd Badri yang lebih mesra disapa Piya, berkata Jumaat bahawa
Kelantan harus menang pada perlawanan tersebut memandangkan Hodak dikritik teruk bukan sahaja peminat, malah pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gara-gara tidak memasukkan tonggak utama pasukan ketika menentang Johor DT dalam saingan Liga Super, minggu lepas.
Kekalahan 0-2 kepada Johor DT itu dipercayai berpunca daripada percaturan jurulatih dari Croatia itu yang hanya memasukkan tiga pemain iaitu Mohd Badhri, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Mohamad pada babak kedua perlawanan.
Menurut Piya, Kelantan perlu mendapatkan jaringan awal bagi mengelak mereka bermain di bawah tekanan, sekali gus menyeru rakan sepasukan agar melupakan kekalahan dengan pasukan Johor itu.
"Saya percaya jurulatih ada perancangan beliau yang tersendiri ketika berdepan Johor DT minggu lepas. Beliau telah melakukan yang terbaik untuk pasukan dan kami akan pastikan segala kecaman yang dilemparkan terhadap beliau akan terhapus esok.
"Memang tak dinafikan kami masih kecewa dengan kekalahan kepada Johor DT, masih terasa, tapi kami perlu bangkit dan lupakan kekalahan tersebut dan memberi persembahan terbaik tanpa sebarang tekanan serta perlu mencari gol awal untuk bangkitkan keyakinan," katanya ketika dihubungi di Kota Baharu.
Akhbar pada Jumaat melaporkan bahawa Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengecam tindakan Hodak menerusi laman sosial Facebook miliknya sejurus perlawanan itu berakhir dengan berkata 'percaturan paling bodoh musim ini!'.
Akibat kenyataan tersebut, Hodak terus ditempelak peminat The Red Warriors yang pulang tanpa sebarang mata.
Bagaimanapun, Hodak mempertahankan tindakan beliau yang tidak memasukkan tiga pemain tersebut dengan alasan mahu beri mereka rehat mencukupi bagi menghadapi perlawanan dengan Terengganu dalam saingan Piala FA, esok.
Bernama
Fri May 24 2013
![Kami mahu tebus maruah Bojan Hodak - Badri Radzi Kami mahu tebus maruah Bojan Hodak - Badri Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/71369401921_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Keris Tok Chu tarikan Festival Keris dan Warisan Kelantan Keris Tok Chu tarikan Festival Keris dan Warisan Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721005054_FESTIVALKERIS.jpg)
Keris Tok Chu tarikan Festival Keris dan Warisan Kelantan
Pada pameran itu, 300 keris dipamerkan antaranya keris kusriwa, keris tajong, keris pandai saras, keris malela, keris Bugis, keris beko dan keris Pattani.
!['Aku tembak, aku tembak!' 'Aku tembak, aku tembak!'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720958173_TBTEMBAKTUMPAT.jpg)
'Aku tembak, aku tembak!'
Seorang anggota JKDM menceritakan kembali detik cemas ditembak sekumpulan penyeludup di Pulau Ular di Tumpat pada 19 Jun lalu.
![Kelantan sasar 56 pingat pada SUKMA Sarawak Kelantan sasar 56 pingat pada SUKMA Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720663235_sukmasarawak.jpg)
Kelantan sasar 56 pingat pada SUKMA Sarawak
Zamakhshari Muhamad berkata jumlah sasaran itu melibatkan 20 pingat emas, 10 perak dan 26 gangsa.
![Karnival Kebudayaan perkukuh jenama ATH Group sebagai pakar bina rumah atas tanah sendiri Karnival Kebudayaan perkukuh jenama ATH Group sebagai pakar bina rumah atas tanah sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719845859_TBKARNIVALATH.jpg)
Karnival Kebudayaan perkukuh jenama ATH Group sebagai pakar bina rumah atas tanah sendiri
Karnival Kebudayaan ATH Group 2024 #ADOMMENEY dianjur untuk memperkukuh jenama serta mengangkat seni budaya tradisi negeri Kelantan.
![90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api 90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719726636_diesel.jpg)
90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api
Sebanyak 90 peratus daripada 550 kenderaan yang disita dalam tempoh tiga tahun lepas, telah diubah suai tangki untuk digunakan dalam kegiatan penyeludupan bahan api seperti petrol dan diesel.
![Hampir 700,000 pelancong lawat Kelantan enam bulan pertama 2024 - Exco Hampir 700,000 pelancong lawat Kelantan enam bulan pertama 2024 - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719715467_DatukKamarudinMd.jpg)
Hampir 700,000 pelancong lawat Kelantan enam bulan pertama 2024 - Exco
Kerajaan negeri menyasarkan dua juta pengunjung ke Kelantan dalam tempoh setahun.
![Operasi pembenihan awan di Kelantan 21-23 Jun - TPM Zahid Operasi pembenihan awan di Kelantan 21-23 Jun - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711637369_PembenihanAwan.jpg)
Operasi pembenihan awan di Kelantan 21-23 Jun - TPM Zahid
Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan di Kelantan pada 21 hingga 23 Jun, bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan.
![Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718466887_FernandoMartinFore.jpg)
Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) melaungkan amaran dalam misi mempertahankan gelaran selepas menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 4-0.
![Orang awam ceroboh projek lebuh raya belum siap boleh dikenakan tindakan - JKR Orang awam ceroboh projek lebuh raya belum siap boleh dikenakan tindakan - JKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718350920_tbLebuhrayataksia.jpg)
Orang awam ceroboh projek lebuh raya belum siap boleh dikenakan tindakan - JKR
Orang awam dilarang menceroboh masuk ke kawasan jajaran projek Membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama.
![Lebih banyak FamilyMart akan dibuka di Pantai Timur Lebih banyak FamilyMart akan dibuka di Pantai Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717481567_TBfamilymart.jpg)
Lebih banyak FamilyMart akan dibuka di Pantai Timur
QL Resourses (QL) menyasar untuk membuka antara 60 hingga 90 cawangan baharu FamilyMart menjelang akhir tahun kewangan 2025, dengan memberi tumpuan kepada wilayah Pantai Timur.