KUALA LUMPUR: Tonggak sayap skuad kebangsaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid mengakui rata-rata pemain negara ingin membuktikan kemampuan bakat tempatan pada kempen kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkata faktor tersebut menjadi punca kepada prestasi memberangsangkan skuad Harimau Malaya yang membenam Kemboja 3-1 pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Bishan, petang semalam.
"Untuk perlawanan petang ini (Isnin) kami (pemain tempatan) berikan yang terbaik sebab pemain tempatankan, jadi kami nak tunjuk apa yang kami ada," katanya yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan pada sidang media selepas aksi itu, semalam.
Beliau turut berkata perbezaan antara skuad Harimau Malaya beraksi di Piala AFF 2020 dan skuad sebelumnya adalah jumlah pemain tempatan yang lebih dalam pasukan, menyaksikan hanya penyerang Guilherme De Paula menjadi pemain naturalisasi tunggal dalam skuad kebangsaan di Singapura.
Pada aksi semalam, larian pantas dan kelincahan Muhammad Akhyar berjaya mengucar-ngacirkan kubu pertahanan Kemboja sehingga beliau dijatuhkan dalam kotak penalti sekali gus membolehkan Muhammad Safawi Rasid menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pertama skuad negara pada minit ke-23.
Pemain berusia 22 tahun itu kemudian mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-61 menerusi gerakan serangan balas yang menyaksikan beliau memperdayakan dua pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan menewaskan Keo Soksela di gawang.
"Syukur alhamdulillah untuk persembahan pasukan dan diri sendiri, apa yang penting kami telah buat terbaik dan beri 100 peratus seperti yang dikatakan jurulatih. Separuh masa pertama kami sedikit bergelut untuk menyesuaikan diri tetapi berjaya mengatasinya di separuh masa kedua," kata Muhammad Akhyar.
Sementara itu, ketua jurulatih Tan Cheng Hoe gembira dengan prestasi keseluruhan pasukan dan corak permainan yang ditunjukkan anak buahnya walaupun pada awal permainan mereka bergelut untuk mendapatkan rentak dan perlawanan seperti yang dirancang.
"Saya fikir mereka menunjukkan permainan yang bagus dan kami memenangi perlawanan ini serta perlu meneruskan persediaan untuk perlawanan seterusnya.
"Kami ada dua hari untuk berehat dan paling penting, sebagai jurulatih saya mahu pemain kekal fokus. Ia permulaan yang baik buat kami dan pastinya, kami perlu memperbaiki beberapa perkara, masih ada banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan sudah tentu kami perlu bersedia menghadapi perlawanan seterusnya menentang Laos," kata jurulatih berusia 53 tahun itu.
Malaysia akan menentang Laos pada Khamis sebelum berdepan juara bertahan Vietnam (12 Dis) dan menutup saingan kumpulan menentang Indonesia pada 19 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021

Pada aksi Isnin, larian pantas dan kelincahan Muhammad Akhyar (No. 19) berjaya mengucar-ngacirkan kubu pertahanan Kemboja. - Facebook Football Association of Malaysia

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.

Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.

MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.

Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.

Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.