KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) berazam melakukan apa saja demi memastikan mereka membawa pulang trofi Piala Malaysia pada aksi final menentang Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Ketua jurulatih Harimau Selatan Benjamin Mora berkata sebagai juara bertahan, JDT mengekalkan identiti pasukan yang sentiasa dahagakan kejayaan dan bermain dengan taktik agresif dalam pertembungan esok.
"Sudah tentu anda boleh menjangkakan JDT, kami tidak akan berdiam diri untuk menunggu spekulasi dan melihat apa akan berlaku dalam perlawanan ini. Kami akan melakukannya, kami akan 'telan' lawan kami dan kami akan menjaringkan gol.
"Itu sahaja caranya untuk menang dalam final, dengan menjaringkan gol. Kami mara ke final untuk menang bukan hanya untuk beraksi," katanya pada sidang media pra-perlawanan akhir di sini hari ini.
Selepas meraih beberapa kejuaraan termasuk Piala Malaysia 2019 sejak membimbing skuad Harimau Selatan pada 2018, Mora mengakui adalah sangat penting bagi JDT untuk mengekalkan prestasi optimum walaupun berlaku pertukaran pemain dan barisan kejurulatihan.
Justeru, Mora mengakui kemenangan pada perlawanan akhir menentang KL City FC adalah penting buat pasukan yang sudah mula menjadikan kejayaan merangkul kejuaraan sebagai budaya.
"Motivasi sudah ada, ia bermula dengan saat yang baik, kemudian menjadi tabiat dan tradisi. Sekarang ia sudah menjadi budaya di Johor dan JDT mesti menang dalam apa saja yang kita pertandingkan.
"Ia amat sukar, tekanan adalah tinggi, tapi kami perlu menghadapi tekanan dan perlu menyampaikan kepada pengurusan apa yang diperlukan daripada kami," kata Mora sambil memaklumkan yang pasukannya bebas daripada sebarang kecederaan dan pemain bermotivasi tinggi.
Sementara itu, kapten JDT Mohd Farizal Marlias turut mengakui kemenangan pada malam esok adalah penting buat pasukan bagi memahat satu lagi kejayaan bersejarah dan percaya barisan pemain sudah bersedia berdepan cabaran skuad The City Boys berdasarkan komitmen diberikan menjelang aksi itu.
"Saya percaya bukan saya seorang saja ingin menang perlawanan esok, esok sangat penting bagi kami dan kelab yang mana kami ingin letak nama JDT sebagai juara Piala Malaysia kerana ia ulang tahun ke-100 tahun. Itu sangat bermakna untuk kami dan kelab," katanya.
Bagaimanapun, beliau mengakui JDT tidak boleh mengambil mudah keupayaan KL City FC yang mempunyai kekuatan tersendiri terutama ancaman yang mampu dijelmakan menerusi situasi bola mati.
"Kami pernah bermain dengan KL City FC dua kali dan pernah bolos sekali melalui bola mati, ia menjadi pengajaran kepada kami dan dalam bola sepak apa-apa sahaja boleh terjadi. Jadi, kita harus lebih fokus untuk tidak membuat kesilapan mudah di hadapan gawang," kata penjaga gol berusia 35 tahun itu.
JDT muncul juara Piala Malaysia sebanyak dua kali pada 2017 dan 2019 sejak penubuhan kelab itu pada 2013 manakala bagi KL City FC, ini adalah aksi final pertama selepas pasukan itu ditubuhkan tahun lepas.
Kuala Lumpur FA pernah mencipta kejuaraan hatrik Piala Malaysia pada 1987, 1988 dan 1989 dengan ketiga-tiganya menumpaskan Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Mora berkata sebagai juara bertahan, JDT mengekalkan identiti pasukan yang sentiasa dahagakan kejayaan dan bermain dengan taktik agresif dalam pertembungan esok. = Gambar fail
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Pertukaran, bayaran balik tiket Piala Sumbangsih bermula esok hingga Selasa
Pertukaran dan bayaran balik tiket perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC yang dibatalkan semalam boleh dibuat mulai esok hingga Selasa.
JDT perkenal jersi ketiga
Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga yang akan digunakan untuk musim 2024/25.
Pemain kelahiran Portugal, Francisco Geraldes sertai JDT
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan Francisco Geraldes selaku pemain baharu mereka.
Forestieri sah tinggalkan JDT
Penyerang kelahiran Argentina Fernando Forestieri sah meninggalkan juara Liga Super 10 kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT).
Hector Bidoglio bakal kembali kendali JDT?
Hector Bidoglio kini dikaitkan bakal kembali memimpin skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan kelab tidak lagi bergandingan bersama Esteban Solari.
JDT sambut sedekad dominasi Liga Super secara besar-besaran
Johor Darul Ta'zim (JDT) meraikan sambutan sedekad dominasi Liga Super secara besar-besaran di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Esteban puas hati dengan prestasi JDT
Esteban Solari puas hati dengan prestasi semua pemainnya susulan kejayaan menewaskan pasukan Selangor FC 2-0 malam tadi.
Polis tambah pegawai dan anggota di Stadium Sultan Ibrahim esok
Polis akan menambah kekuatan pegawai dan anggotanya pada perlawanan bola sepak piala Liga Super Malaysia antara pasukan JDT dan Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.
JDT-Mauricio berpisah selepas empat tahun
Kekosongan posisi yang ditinggalkan Mauricio dos Santos Nascimento menghangatkan lagi spekulasi muka baru yang bakal memperkuatkan JDT.
JDT fokus menang dalam baki perlawanan kumpulan 1 ACL
Benjamin Mora mahu anak buahya fokus untuk memperoleh kemenangan dalam kedua-dua baki perlawanan Kumpulan I ACL.